I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 7 May 2012

Jangan kau pergi 23

Hafiya menyapu lotion pada tangan dan lehernya. Matanya masih merenung suaminya yang sedang leka membaca majalah di atas katil. Alif sudah tidur dibilik Pn.Mariam dan En.Ezhan. Lepas makan malam tadi, mereka berdua beria-ia hendak tidur dengan Alif. Nurina pula bermalam dirumah Arif. Sejak seminggu ni, Nurina mula membiasakan diri dengan ibu tirinya. Hafiya menghampiri suaminya setelah melihat Elman sedia untuk tidur.

“Abang....” Hafiya meniarap menghadap suaminya. Elman mendiamkan diri dan merenung siling bilik. Dengan selamba Hafiya menompang dagu di dada Elman. Elman buat muka selamba. Padahal dalam hati dia suka bila Hafiya ingin bermanja dengannya. Sudah agak lama mereka tidak menghabiskan masa bersama sejak kejadian sebulan yang lalu.

“Rindu kat abang,” Ucapnya nakal. Lirikan matanya menggoda membuatkan Elman tidak selesa. Elman menoleh ke tepi.
“Jahatlah abang ni. Tak sudi tengok wajah Fiya, ya?” Hafiya memukul dada bidang suaminya. Terbatuk kecil Elman dibuatnya. Hafiya tersengih kemudian perlahan dia mencium dada suaminya.

“Lepaslah. Orang nak tidur,” Hafiya buat pekak dan teruskan aktiviti mengoratnya. Walau dia terasa hati bila Elman tidak lagi membahasakan dirinya abang. Hafiya teruskan usaha untuk menggoda suaminya. Dengan cara itu, barulah Elman sudi bercakap dengannya.

“Abang tak rindu kat Fiya?” Hafiya bertanya manja. Wajah Elman disentuh perlahan. Elman pandang wajah Hafiya lama. Hafiya terus tersenyum.

“Fiya yang tak rindukan orang. Fiya tak sayang orang. Fiya sanggup suruh orang kahwin dengan perempuan lain. Apa yang orang dapat kalau rindukan Fiya?” Hafiya tersenyum kemudian merebahkan kepalanya ke dada Elman.

“Abang ni berlagak tau. Kalau rindu cakap je. Takpelah. Biar Fiya lepaskan rindu ni.” Hafiya angkat kepalanya dan menghampiri wajah Elman yang sudah pucat itu. Hafiya bukan bodoh. Semasa dia letakkan kepalanya di dada Elman, dia dapat mendengar dengan jelas degupan jantung suaminya tidak teratur. Hafiya tersenyum manis. Pantas bibir kaku suaminya dikucup lama sehingga dia merasakan Elman mula membalasnya. Pelukan dipinggang juga sudah terasa.

“Abang rindukan Fiya,” Hafiya tersenyum menang saat Elman mengucap rindu padanya.

“Abang takkan lepaskan sayang malam ni.” Hafiya tergelak halus.
“Saya milik abang. Dah tak macho suami Fiya ni bila merajuk.” Jawabnya nakal. Elman tersenyum senang.
“Jangan paksa abang terima perempuan lain, ye.” Elman kucup dahi Hafiya. Setelah sebulan mereka cuba mengelak dari berbicara tentang perkara tersebut.

“Tapi...” Hafiya tidak sempat menghabiskan bicaranya bila bibirnya dikucup oleh suaminya.

“Takde tapi-tapi...abang hanya cintakan Fiya seorang.” Hafiya angguk kepala.

“Abang...”

“Ermmmm..”

“Abang sudi ada anak dengan Fiya?” Hafiya bertanya perlahan. Elman tunduk merenung wajah Hafiya yang sedang mendongak memandangnya. Jari-jemari Hafiya yang berada didadanya digenggam erat.

“Abang berbesar hati kalau Fiya sudi mengandungkan anak abang. Jadi, Fiya dah sedia untuk ada anak sendiri?” Hafiya angguk perlahan. Elman tersenyum lebar.

“Nampaknya, abang kena usaha lebih ni.” Ucapnya nakal. Hafiya pukul dada suaminya. Elman tersenyum bahagia.

“Abang....”

“Apa dia sayang?” Elman bertanya lembut.

“Abang Arif nak ambil Alif dan Ina semula.” Hafiya bersuara perlahan. Elman tersentak. Wajah muram isterinya dipandang bimbang. Patutlah Hafiya seperti ada masalah sejak kebelakangan ini. Sangkanya, Hafiya sedih sebab kes khalwatnya.

“Ye? Kenapa baru sekarang?” Elman bertanya pelik. Hafiya geleng kepala.

“Fiya risau. Apa kita nak buat? Abang, Fiya sayang sangat pada mereka. Sampai hati Abang Arif nak ambil mereka dari kita.” Hafiya menangis. Elman peluk isterinya.

“Nanti kita bincang dengan Abang Arif. Dia mungkin ada alasannya tersendiri. Sayang jangan risaulah. Okey?” Hafiya angguk kepala. Pelukan dipinggangnya terasa semakin erat.

“Bila dia jumpa sayang?” Elman bertanya lagi setelah tangisan isterinya reda.

“Minggu lepas. Fiya tak tahu nak buat apa. Macam-macam perkara menimpa kita. Abang, Fiya takut.” Hafiya menangis lagi.

“Janganlah takut. Tapi, kalau dia nak ambil Alif dan Ina semula, takde salahnya. Mereka berdua tu anak kandung dia. Fiya harus terima kenyataan yang Alif dan Ina bukan anak Fiya.” Hafiya tolak dada suaminya.

“Sampai hati abang cakap macam tu. Fiya dah anggap mereka macam anak Fiya sendiri.” Hafiya berkata berang. Elman tarik semula Hafiya dalam pelukannya.

“Sampai bila Fiya hendak membohongi Alif? Ina, mungkin sudah tahu. Alif? Tentu dia kecewa kalau dapat tahu abang dan Fiya bukan ibu bapa kandung dia yang sebenarnya bila dia dah besar kelak.” Hafiya terdiam. Hafiya harus terima hakikat bahawa Nurina dan Alif bukan anak kandungnya. Dia hanya ibu saudara mereka.

“Fiya boleh sayangkan mereka sebagai ibu saudara. Mereka boleh jumpa Fiya, macam yang Ina buat sekarang. Tentang Alif pula, kita dekatkan dia dengan Abang Arif supaya dia dapat terima Abang Arif sebagai papanya.” Hafiya termenung seketika.

“Lagipun, kita akan ada anak sendiri. Abang takut, kita membahagikan kasih sayang pada mereka suatu hari kelak,” Hafiya terus mendiamkan diri. Ada benarnya apa yang Elman katakan. Bagaimana jika dia ada anak sendiri? Tentu kasih sayangnya akan berbelah bagi. Tapi, dia yakin dia tidak akan membeza-bezakan mereka.

“Bagi Fiya masa.” Elman kucup dahi isterinya.

“Fikir untuk kebaikan kita semua. Dah, sekarang abang nak bekerja keras untuk dapat baby sendiri pulak.” Hafiya berusaha menolak tangan Elman yang berada dipinggangnya.

“Fiya nak tidur. Abang ni, tak dapat diberi peluang.” Hafiya berkata selamba dan membelakangi suaminya.

“Jangan harap dapat tidur selagi belum jalankan tugas sayang.” Hafiya ketawa halus bila Elman menggeletek pinggangnya dan akhirnya Hafiya merelakan dirinya dimiliki Elman.

“Abang, macamana dengan kes abang tu? Mastura macamana?” Elman mengeluh. ‘Kenapalah saat ini juga nak tanya tentang hal tu,’ Elman mengeluh.

“Boleh tak kita tak payah bincang tentang tu. Kalau abang ingat tentang tu, abang jadi sakit hati.” Hafiya gigit bibir.

“Tapi, Fiya nak tahu jugak.” Hafiya bersuara keras. Elman mengeluh. Lama wajah isterinya di renung.

“Biarlah pihak mahkamah yang menentukannya. Abang tetap dengan keputusan abang. Tiada wanita lain yang akan menjadi isteri abang selain dari Hafiya binti Hafzan. Hanya dia yang layak untuk menjadi isteri, ibu pada anak-anak abang dan bidadari abang di dunia dan di akhirat.” Elman berkata yakin sambil memeluk erat tubuh isterinya. Hafiya membalasnya. Terharu mendengar betapa Elman mencintainya setulus hati.

“Abang, Fiya cintakan abang.” Akhirnya Hafiya meluahkan perasaannya. Elman tersentak.

“Fiya kata apa tadi? Cinta?” Hafiya gigit bibir. Perlahan dada suaminya dipukul.

“Cuba ulang. Apa yang Fiya sebut tadi. Tapi..tunggu dulu..” Elman bergerak ke tepi katil mencapai telefon bimbitnya.

“Apa abang nak buat ni.” Hafiya bertanya pelik. Elman begitu leka memegang telefon bimbitnya.

“Fiya ulang apa yang Fiya cakap tadi. Abang nak rakam.” Elman sedia dengan telefon bimbitnya. Hafiya berdengus kasar. Terus telefon tersebut di tolak ke tepi.

“Abang ni...malulah.” Elman buat muka kasihan.

“Cepatlah. Abang tak sabar nak dengar lagi ni.” Hafiya tersenyum dan merampas telefon tersebut.

“Fiya cintakan abang. Muah..” Hafiya terus menyerahkan telefon tersebut pada Elman.

“Puas?” Hafiya bertanya sambil tersenyum manja. Elman angguk kepala.

“Terima kasih sayang.” Elman kucup dahi Hafiya setelah puas hati dengan rakaman tersebut.

“Jangan pernah bermimpi untuk tinggalkan abang. Atau pergi dari sisi abang. Abang pun takkan pernah tinggalkan Fiya. Janji ye?” Elman tayang jari kelingking. Hafiya tersengih.

“Macam budak-budak.” Namun dia tetap juga memaut jari kelingkingnya pada Elman. Mereka tersenyum bahagia.

****************************

layan n3 ni...kenapa sy rasa mcm terlebih sudah???????errr...bllur..layan jelah...

Jangan kau pergi 22

“Saya takkan bertanggungjawab. Awak boleh saman saya. Untuk berkahwin dengan awak, tidak mungkin.” Elman berkata tegas. Matanya memandang wajah Hafiya. Semua mata memandang wajah tegang Elman. Semua tersentak. Mastura meraung. Hafiya geleng kepala. Baru sebulan dia meninggalkan Elman sendirian di kampung, sungguh dia tidak menyangka perkara tersebut terjadi sekali lagi pada Elman.


Walaupun hatinya terluka, namun dia tidak mudah melatah. Dia yakin Elman tidak akan melakukan perkara tersebut. Dia kenal siapa suaminya. Sedangkan dirinya yang telah sah menjadi isteri, Elman tidak pernah mengambil kesempatan keatasnya, inikan pula untuk melakukan perkara tersebut dengan perempuan yang bukan haknya. Elman tetap bersabar dan menunggu sehingga dia bersedia menjalankan kewajipannya sebagai isteri. Tetapi, dia kasihankan nasib cikgu muda itu. Bagaimana dia hendak menghadapi masyarakat setelah apa yang terjadi. Perlahan tangan Elman disentuh.


“Abang, abang tak patut buat macam tu. Kasihan dia.” Hafiya berkata perlahan. Semua penduduk kampung berbisik sesama sendiri.



“Kenapa pula? Dia sendiri yang cari masalah. Abang tak nak bertanggungjawab. Kalau perlu turun naik mahkamah, abang lebih rela. Dan Fiya, Fiya sanggup bermadu?” Elman bertanya kasar. Hafiya terpana. Renungan tajam mata suaminya begitu melukakan hatinya. Walau dia pernah menyatakan kesanggupan untuk membiarkan Elman kahwin dengan perempuan lain, namun bila perkara itu seakan terjadi, dia merasakan dia takut untuk kehilangan Elman. Mulut mengatakan sanggup, namun hati jauh menyimpang.


“Saya tak kira. Saya nak kahwin dengan Abang Elman jugak. Abang dah sentuh saya, abang tak boleh tinggalkan saya macam tu saja,” Mastura memeluk kaki Elman. Elman menepis kasar tangan halus itu.


“Jangan sentuh aku. Bila masa aku buat benda terkutuk tu. Kau jangan pandai nak tuduh aku sembarangan. Aku tak akan bertanggungjawab. Aku lebih rela diperjarakan dari berkahwin dengan kau,” Elman berkata tegas. Sekali lagi Mastura meraung.


“Kak Fiya, tolong kak. Semua orang dah tahu. Siapa lagi yang nakkan saya. Kak, tolonglah pujuk Abang Elman supaya terima saya,” Mastura merayu pada Hafiya juga. Beberapa orang wanita kampung tersebut menarik tangan Mastura dan memujuknya. Simpati pada gadis malang itu. Hafiya hanya mampu memandang sayu pada Mastura.


“Assalammualaikum,” Semua memandang keluar rumah.


“Waalaikumsalam,” Serentak mereka menjawab. Pegawai dari jabatan Agama Islam datang setelah menerima aduan. Elman mengeluh lega. Biarlah kali ini kerjayanya sebagai guru musnah, dia tidak akan sesekali memusnahkan hidupnya. Biarlah orang berkata dia lelaki yang tak bertanggungjawab, apa yang penting dia tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. Mereka dibawa ke pejabat untuk disoal siasat. Elman tetap dengan keputusannya. Dia akan lawan sehabis-habisnya. Hafiya hanya merenung sayu wajah tegang Elman. Mastura terus menangis sambil dipeluk oleh salah seorang penduduk kampung yang bersimpati dengannya. Hafiya mengeluh. Elman berpaling menatap wajah yang sangat dirinduinya. Elman membuang pandang kea rah lain bila terasa airmata hampir menitis.


**********************************


Elman termenung dilaman. Fikirannya kosong sekosong hatinya kala itu. Hafiya awal pagi lagi sudah pergi ke pejabat. Hafiya sudah mahir bekerja dipejabat. Alif pula sudah dapat membiasakan diri dengan Pn.Mariam. Rumah besar itu tidak lagi sunyi. Cuma kebelakangan ini rumah 2 tingkat itu suram. Elman telah meletak jawatan sebagai guru dan kembali ke rumah orang tuanya sementara menunggu perbicaraan tentang kes khalwatnya.


“Papa,” Elman tersentak bila tangan halus memeluk lehernya. Elman tersenyum senang. Pantas tubuh kecil itu diletakan diribanya.


“Dah mamam?” Alif angguk kepala. Elman tersenyum senang.


“Kita pergi jalan-jalan petang ni sementara tunggu ibu balik. Kasihan anak papa, terpaksa tinggal dengan nenek,” Elman cium pipi Alif.


“Takpe. Nenek masih kuat lagi. Lagipun, nak tunggu anak kamu, nampaknya lambat lagi. Fiya tu semakin sibuk dipejabat. Tak menang tangan dia buat kerja. Isteri kamu tu kuat sangat bekerja.” Pn.Mariam menyahut. Elman tersenyum kelat.


“Fiya dan El bila lagi nak berbaik ni?” Elman mengeluh. Walau telah dicuba untuk menyembunyikan kepincangan dalam rumah tangganya, namun ibunya tetap dapat menghidu masalah dalam rumah tangganya.


“Entahlah, ma. Agaknya, dia memang tak pernah anggap El ni suami dia. Sanggup dia suruh El kahwin dengan perempuan tu.” Elman mengeluh.


“Fiya hanya kasihankan nasib budak tu. Dia perempuan El. Tentu dia faham apa perasaan budak tu.” Pn.Mariam menasihati anaknya. Elman berdengus kasar.


“Dia perangkap saya mak. Mana mungkin saya dapat terima dia. Lagipun, saya hanya cintakan Hafiya sorang.” Elman menjawab ikhlas. Pn.Mariam angguk kepala.


“Macamana dia boleh datang rumah kamu malam-malam buta tu?” Pn.Mariam bertanya pelik. Elman mengeluh.


“Malam tu, saya tak ingat sangat jam berapa sebab, lepas saya call Fiya, saya terus tidur. Mengantuk sangat, sebab banyak aktiviti dilakukan hari tu.” Elman mula bercerita.


“Abang Elman…Abang Elman..tolong…Abang Elman…” Elman terjadi dari tidur yang lena. Dia duduk termenung seketika kerana matanya masih mengantuk. Dia baru sahaja terlena dan sedang melayan mimpi indah bersama Hafiya. Bunyi pintu di ketuk dengan kasar mengganggu tidurnya. Selain itu kedengaran suara perempuan memanggil namanya dan meminta tolong. Perlahan Elman berdiri dan membuka pintu bilik. Lampu ruang tamu di pasang. Ketika pintu rumah dibuka, Elman terkejut bila tubuhnya dirempuh kuat dan dipeluk erat.


“Abang…tolong saya, bang,” Elman tergamam. Perempuan yang memeluknya itu menangis teresak-esak. Diluar hujan turun dengan lebat sekali. Elman menolak tubuh perempuan yang memeluknya itu.


“Mastura? Kenapa ni?” Elman bertanya pelik. Matanya meliar melihat ke halaman rumah.


“Abang…saya..” Mastura bersuara dalam tangisnya.


“Kenapa awak berjalan malam-malam buta ni? Awak dari mana?” Mastura mengesat airmata kemudian dia memeluk Elman semula.


“Nasib baik abang ada di rumah. Mas takut. Tadi ada orang cuba buat tak senonoh dekat Mas,” Mastura menangis teresak-esak di dada Elman. Sementara itu Elman berusaha menolak tubuh
Mastura.


“Ye. Awak datang dari mana?” Elman bertanya pelik. Dia hairan, apa yang Mastura buat kat luar tu malam-malam buta macam ni? Tidak takutkah dia?


“Saya dari rumah tadi. Nak ke kedai,” Mastura menjawab perlahan.


“Abang, sejuk…” Mastura menghampiri Elman. Elman berundur ke belakang.


“Tunggu sekejap. Saya pergi ambil tuala untuk awak.” Mastura angguk kepala. Ketika Elman sedang mencari kain tuala di dalam almari, dia terasa seseorang sedang memeluk pinggangnya.


“Mastura!!!” Elman menepis tangan Mastura yang erat memeluk pinggangnya. Mastura pula semakin erat memeluk Elman.


“Abang, Mas cintakan abang. Terimalah Mas jadi isteri abang,” Mastura bersuara lembut. Tangannya masih memeluk erat Elman. Elman berusaha menepis tangan halus itu.


“Mastura lepaslah. Saya dah kahwin. Saya tak mungkin terima perempuan lain. Saya hanya cintakan isteri saya seorang.” Mastura geleng kepala. Setelah berusaha dengan gigih, akhirnya Elman berjaya menepis tangan Mastura dan berdiri tegak merenung wajah gadis itu.


“Abang tentu kesunyian sebab isteri abang takde kat sini,kan? Biar Mas temankan.” Mastura tersenyum manis. Tangannya menyentuh pipi Elman. Elman menepis.


“Mastura, lebih baik awak balik. Tolong jangan jatuhkan maruah awak sebagai seorang perempuan. Jangan sampai saya hilang hormat pada awak. Lebih baik awak pergi.” Mastura tersenyum lagi. Dia masih tidak berputus asa. Biarlah kerjayanya sebagai guru musnah, yang penting Elman akan menjadi suaminya. Elman tentu akan bersetuju berkahwin denganya jika mereka di tangkap berkhalwat.


“Kenapa abang tak nak dekat Mas. Mas masih anak dara lagi. Mas kasihan tengok abang terpaksa kahwin dengan janda tu.” Mastura bersuara lembut. Sakit telinga Elman mendengar Mastura mengata isterinya.


“Jaga tutur kata awak. Walaupun dia janda, tapi yang penting perangai dia baik.” Elman menjawab geram. ‘Kenapa perempuan ni tak faham bahasa? Sudahlah, mengutuk isteri aku yang baik itu.’ Elman menjeling tajam wajah selamba Mastura. Mastura semakin berani. Elman tersentak bila Mastura dengan beraninya bersedia hendak menanggalkan baju dihadapan Elman. Pantas lima jari Elman melekat di pipi Mastura.


“Sedar sikit yang awak tu perempuan.” Elman berkata geram. Tangan Mastura ditariknya dan dibawa ke pintu. Ketika itu juga, terpancul wajah-wajah berang orang kampong di hadapan pintu rumahnya.


“El, mama yakin, Fiya pun percayakan kamu. Cuma dia rasa kasihan pada perempuan itu.” Pn.Mariam menepuk bahu Elman.


“Saya hanya cintakan Fiya seorang.” Luah Elman sungguh-sungguh.


“Kalau macam tu, apa tunggu lagi. Pikatlah isteri kamu tu cukup-cukup. Untung sabut, bolehlah mak dapat cucu hujung tahun ni.” Pn.Mariam tersengih. Elman mengeluh. Hafiya sudah kembali ke perangai asalnya. Nampaknya, terpaksalah dia gandakan usaha memujuk isteri tercinta.


**************************


“Mama, Alif mana?” Hafiya bertanya sebaik sahaja menyalami tangan ibu mertuanya. Pn.Mariam tersenyum.


“Elman bawa dia keluar tadi. Bosan duduk kat rumah katanya.” Hafiya angguk kepala.


“Macamana kerja kat syarikat tu? Okey?” Hafiya tersenyum.


“Okey je, ma. Tapi, Fiya kena biasakan diri dengan mereka-mereka kat pejabat tu.” Hafiya tersenyum.


“Biasalah. Errr...Fiya, bila Fiya dan El nak buat majlis bersanding tu? Mama rasa buat dalam masa terdekat ni, boleh tak?” Hafiya tersentak. Banyak betul masalah yang menimpa, jadi dia tidak tahu yang mana satu harus difikirkan. Sebulan lepas, Elman ditangkap berkhalwat. Minggu lepas pulak Arif menyatakan hasrat untuk mengambil Nurina dan Alif. Serba tak kena dibuatnya.


“Mama, bagi masa sedikit untuk kami.” Hafiya bersuara lemah. Pn.Mariam pandang wajah menantunya.


“Fiya ada masalah? Teruk sangat ke kerja kat pejabat tu?” Pn.Mariam duduk di sebelah Hafiya. Jemari Hafiya digenggam erat. Sebelum dia kenal Hafiya, dia pernah memberi pendapat supaya Elman meninggalkan gadis ini, namun setelah mengenalinya, rasa sayang pada Hafiya semakin hari semakin menggunung. Kerana Hafiya memang layak untuk anaknya. Namun rumah tangga mereka sering kali didatangi ujian.


“Fiya tak apa-apa. Mama jangan risaulah. Mama doakan ye, semoga Fiya cepat-cepat mengandung.” Hafiya angkat tangan Pn.Mariam dan mencium tangan ibu mertuanya. Pn.Mariam usap kepala Hafiya.


“Fiya dah sedia untuk mengandung?” Hafiya angguk kepala.


“Abang Elman dah bantu Fiya hilangkan rasa takut tu.” Hafiya tersenyum lemah.


“Fiya, kenapa Fiya paksa Elman kahwin dengan perempuan tu? Fiya kan tahu, Elman takkan buat benda terkutuk tu.” Hafiya mengeluh. Lama wajah ibu mertuanya direnung.


“Fiya kasihan kat Mastura. Fiya tahu dia dah lama sukakan Abang El.” Hafiya tersenyum kelat.


“Mana Fiya tahu?” Pn.Mariam bertanya pelik. Pelik. Macamana Fiya tahu? Janganlah ini semua angkara dia sudahlah. Pn.Mariam geleng kepala. Bingung sekejap.


“Dia pernah jumpa Fiya.” Hafiya tarik nafas perlahan. Melalui Nurina, Mastura menghantar pesan untuk berjumpa dengannya. Nurina juga pernah merajuk denganya kerana Cikgu Mastura selalu marahkannya kerana ibunya masih belum berjumpa dengan Cikgu Mastura.


“Dia jumpa Fiya nak apa? Berani betul budak tu. Mesti paksa Fiya tinggalkan Elman?” Fiya geleng kepala.


“Dia nak jadi isteri nombor dua Abang El. Fiya tak tahu nak buat apa lagi. Dia juga sering marah-marah pada Nurina. Kasihan pulak saya dengan anak saya yang tak tahu apa-apa. Bila, Fiya bagitahu abang supaya cari perempuan lain, dia terus marahkan Fiya. Akhirnya Fiya ambil jalan mudah dengan menerima tawaran papa. Fiya nak bagi peluang untuk Mastura pikat abang.” Hafiya mengeluh lega. Terasa selesai satu masalah.


“Fiya takde kaitan dengan penangkapan tu. Betulkan?” Hafiya geleng kepala laju sekali.


“Demi Allah, mama. Fiya takkan buat perkara macam tu. Fiya tak sanggup abang terima nasib yang sama untuk kali yang kedua. Tapi, Fiya tak tahu Mastura akan buat perkara macam tu.” Pn.Mariam angguk kepala.


“Habis tu kenapa Fiya bermasam muka dengan Elman. Kasihan mama tengok anak mama tu. Kesepian dia,” Pn.Mariam tersenyum. Wajah Hafiya merona merah.


“Fiya rasa bersalah pada abang. Kalau Fiya tak tinggalkan abang seorang diri di kampung, tentu perkara tu tak terjadi.” Pn.Mariam tersenyum.


“Bukan salah Fiya pun. Semua yang terjadi pasti ada sebabnya. Dan, janganlah bermasam muka dengan Elman. Kasihan mama tengok dia.” Pn.Mariam tepuk bahu Hafiya dan beredar.


***************************


“Betul El nak sambung belajar?” Elman angguk kepala. Mereka sedang duduk santai di halaman rumah. Elman angguk kepala.


“Ye.” En.Ezhan angguk kepala.


“Tapi kenapa tak nak terus bekerja. Lagipun, sebelum ni kamu memang ambil pengurusan perniagaan. Kenapa nak sambung belajar lagi?” Elman tersenyum kelat.


“Nak refresh balik apa yang El belajar dulu. Lagipun, untuk 1 tahun je.” Elman tolak rambut ke belakang.


“Mana-mana yang baik untuk El. Nak sambung belajar kat mana? Nak ke luar negeri atau dalam Malaysia je?” En.Ezhan bertanya sebelum menghirup air Milo panasnya.


“Dalam Malaysia je, papa.” En.Ezhan tersenyum.


“Baguslah. Papa ingat kamu nak sambung belajar kat luar negeri tadi. Bimbang pulak dengan nasib Fiya dan anak-anak.” Elman tersenyum kelat.


“Hubungan El dengan Fiya, dah okey?” Elman kerutkan dahi.


“Apa maksud papa?” Elman garu lengannya. En.Ezhan tersenyum.


“Mama kamu bagitahu semalam. Dia cakap, Fiya rasa bersalah sebab tinggalkan kau kat kampung waktu tu. Tapi, semua itu salah papa. Papa yang terlalu mengharap Fiya bekerja disyarikat papa. Kalau dia ada bersama kau kat kampung dulu, tentu perempuan tu tak ambil kesempatan.” En.Ezhan dan Elman sama-sama mengeluh. Elman masih tidak tahu apa yang terjadi pada Mastura. Walaupun, sering ke mahkamah, namun dia tidak pernah terserempak dengan Mastura. Dan, perbicaraan mereka seringkali tertangguh.


“Benda nak jadi papa. Siapalah kita nak menolak.” Elman menjawab perlahan. Patutlah Hafiiya kurang melayan dirinya. Mungkin isterinya berasa bersalah.


“Dia tentu terkejut. Papa ingat nak buat majlis bersanding untuk kamu berdua dalam masa terdekat ni. El setuju tak?” Elman pandang wajah papanya.


“Nanti El bincang dengan Fiya dulu.” En.Ezhan angguk kepala. 

Jangan kau pergi 21

Abang,Hafiya menjerit bila terasa tubuhnya ditarik hingga menyebabkan dia terjatuh di atas katil. Elman tersengih. Mereka berbalas pandang. Wajah Hafiya merona merah kerana malu bila menyedari keadaan mereka saat itu. Tangan Hafiya berada di dada Elman manakala tangan Elman pula memeluk erat pinggang Hafiya. Elman meneliti raut wajah Hafiya yang semakin hari semakin cantik dimatanya.

Errr…Abang.. Hafiya bersuara gugup. Renungan Elman begitu menyentuh hatinya. Dia benar-benar tertawan dengan renungan mata suaminya yang sayu itu. Elman terus mendiamkan diri dan hanya memerhati keindahan ciptaan Tuhan ini.

Abang cintakan Fiya, Ucapnya perlahan namun jelas ditelinga Hafiya. Hafiya tersentak. Pertama kali mendengar ucapan cinta dari bibir lelaki membuatkan Hafiya kehilangan kata-kata.

Fiya cintakan abang? Hafiya gigit bibir. Matanya merenung sayu wajah yang terlalu mengharapkan itu. Hafiya geleng kepala. Elman tersenyum hambar.

Takpe. Ucapan sepatah sambil menarik Hafiya ke dalam pelukannya. Hafiya membalas pelukan suaminya.

Abang tolong Fiya, ya. Elman angguk kepala. Perlahan belakang Hafiya diusapnya.

Fiya, boleh abang tahu, apa perasaan Fiya pada bekas suami Fiya dulu tu? Fiya cintakan dia? Hafiya geleng kepala. Elman kerutkan dahi.

Fiya tak boleh terima Abang Arif lebih dari seorang abang. Elman angguk kepala.

Fiya pernah jatuh cinta? Sekali lagi Hafiya geleng kepala.

Wah!!!! Betul ke? Samalah macam abang. Tapi sekarang abang dah jatuh cinta. Maknanya, abang menang satu anak tangga dari Fiya. Elman tersengih bila Hafiya memukul dadanya lembut.

Eleh…Fiya dah berada dua anak tangga dari abang. Rekod Fiya lagi tinggi, Hafiya tersengih. Wajah Elman yang keliru itu membuatkan Hafiya tergelak.

Dua anak tangga? Tapi Fiya cakap, Fiya belum pernah bercinta, Elman bersuara pelik. Hafiya tertawa.

Yelah. Fiya dah dua kali berkahwin. Selamba je ayat tersebut meluncur laju dibibirnya. Elman tersentak. Pantas wajah selamba isterinya ditarik dan bibir comel itu diciumnya. Meronta-ronta Hafiya dibuatnya.

Sengaja nak kenakan abang, Elman tersenyum puas. Hafiya gigit bibir. Geram dengan tingkah suaminya yang sentiasa mengambil peluang untuk menyentuhnya.

Abang ni. Hafiya menolak tubuh Elman kasar dan membetulkan bajunya sebelum dia keluar dari bilik. Sebelum pintu bilik dibuka, Elman bertanya.

Fiya nak ke mana tu?Hafiya menjelir lidah pada suaminya. Sengaja dia menyakitkan hati Elman. Elman berlari mengejar Hafiya dan Hafiya terus menutup pintu bilik mereka. Gelak ketawa Hafiya jelas kedengaran menuju ke dapur. Elman geleng kepala.

******************************

Fiya apa khabar? Hafiya tersenyum.

Baik. Abang? Arif turut sama tersenyum.

Dah lama abang tak balik ke sini. Banyak perubahan yang berlaku, Arif memandang sekeliling kawasan rumah yang diduduki Hafiya dan anak-anaknya. Hafiya turut sama memandang rumah yang sudah semakin cantik itu. Ini semua hasil titik peluh Elman yang mahukan mereka semua tinggal dalam keadaan selesa.

Kak Sal tahu abang datang ke sini? Dia tak marah? Hafiya bertanya perlahan. Ketika itu mereka sedang duduk di bangku yang terletak di bawah pokok mangga. Tempat yang selalu digunakan oleh dia dan Elman minum petang.

Tak. Kebetulan abang ada kerja kat tempat berdekatan sini. Jadi abang singgah sekejap. Rindu nak jumpa Alif. Alif memeluk erat tubuh Hafiya bila Arif cuba mendukungnya.

Alif, mari sayang. Papa rindu kat Alif. Arif bersuara lembut. Namun Alif tidak mempedulikannya. Arif mengeluh.

Maaf bang. Dia memang tak mahu dekat kalau orang tu jarang dia jumpa. Hafiya usap belakang badan Alif.

Alif, ni papa. Duduk dekat papa ye. Hafiya memujuk Alif dengan lembut. Alif hanya memandang wajah Hafiya dan Arif silih berganti. Kemudian dia geleng kepala.

Ukan..pa…pa.. Tersekat-sekat Alif berkata. Dia baru pandai bercakap. Percakapannnya masih belum jelas, kecuali beberapa perkataan yang selalu digunakan oleh mereka seharian.

Nampaknya dia dah semakin melupakan abang, Arif berkata sedih. Hafiya mengeluh lemah. Dia tidak pernah mengajar Alif supaya melupakan papanya. Namun anak kecil itu telah jatuh sayang pada Elman yang dianggap papanya. Sudah beberapa kali dia menerangkan pada Alif, namun Alif tetap berdegil.

Bagi dia masa. Fiya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Dia selesa bersama Abang Elman. Hafiya usap rambut Alif yang sedang memeluk erat tubuhnya.

Takpe. Okeylah. Abang balik dulu. Dah lewat ni, Arif berdiri dan sedia untuk beredar. Hafiya angguk kepala.

Err…Abang, minggu depan Fiya takde kat sini. Fiya balik rumah mertua Fiya. Fiya bersuara tenang sambil mendukung Alif. Arif angguk kepala.

Ermmm…Assalammualaikum,

Waalaikumsalam, Hafiya tersentak bila Arif mencium pipi Alif. Pada masa yang sama, wajah merah Elman menyapa matanya. Kalau dilihat dari depan seperti Arif sedang menciumnya.

Err…Abang.. Arif tersenyum pada Elman namun Elman sedikit pun tidak membalas.

Maaf sebab jumpa isteri awak tanpa pengatahuan. Kebetulan saya ada kerja di kampung sebelah, Arif tersenyum menang. Dia tahu Elman sakit hati. Lebih-lebih lagi bila mengingatkan keadaan dia mencium Arif tadi. Begitu hampir dengan Hafiya.

Okey je. Ucapnya selamba dan terus menghampiri Hafiya lalu mencium pipi isterinya. Hafiya tersentak. Arif membuang pandang ke arah lain.

Fiya, abang balik dulu. Nanti kalau ada masa, abang jenguk Fiya kat sana. Rindu pulak dengan Ina. Hafiya angguk kepala. Terasa pelukan dipinggang semakin erat. Elman sengaja menunjukan kasih sayangnya pada Hafiya biar Arif tahu, dia menghargai Hafiya seadanya.

Ok Hafiya angguk kepala dan melambai tangan.

Seronok jumpa bekas suami? Elman bertanya geram. Hafiya menoleh sekilas ke arah Elman dan terus berlalu menaiki tangga rumah mereka. ‘Nak cari gaduhlah tu,’ Bisik Hafiya dalam hati. Seketika kemudian, dia tersenyum. ‘Cemburulah tu,’

Kenapa tersengih ni? Fiya ni tak sensitive langsung. Abang cemburu ni, Elman bercekak pinggang di hadapan Hafiya. Hafiya tersenyum manja. Lantas leher Elman dirangkulnya selepas meletakkan Alif ke lantai.

Tengok wajah orang cemburu ni. Tak handsome pun, Hafiya merenung wajah masam suaminya. Elman memandang kea rah lain. Hafiya pula terus memerhati segenap wajah tegang suaminya.

Baru Fiya perasan, wajah abang ni macam pelakon penyanyi Korea tu..siapa nama dia ye? Lupa pulak. Errrmmm…lelaki handsome tu..siapa ye nama dia…errr… Hafiya garu dagunya berlagak mengingati wajah tampan penyanyi Korea yang dia selalu nampak di Astro 391. Elman masih memasamkan mukanya. Walau dalam hati dia senang bila Hafiya cuba memujuknya.

Owhh…Eun Hyuk, Super Junior.Elman kerutkan dahi. ‘Aih!!! Mana dia tahu nama lelaki Korea pulak ni?’ Hafiya tersengih. Semenjak Elman memasang Astro, masanya dihabiskan dengan menonton rancangan Korea.

Kalau abang ketawa, Fiya suka sangat tengok. Boleh nampak semua gigi abang. Kalau masam macam ni, dah macam buah mempelam kena jeruk. Elman membeliakkan matanya. Hafiya hanya tergelak riang. Namun dia masih memasamkan muka. Mahu Hafiya memujuknya. Pantas tangannya menolak tangan Hafiya yang merangkul erat lehernya.

Abang marah ye? Marah, nanti kena jual, Hafiya mengekori langkah Elman menuju ke bilik. Kemudian, Elman keluar dari bilik sekali lagi menuju ke bilik air. Hafiya terus mengekori langkah suaminya.

“Fiya ambil wuduk. Kita sembahyang Asar sama-sama.” Hafiya angguk kepala. ‘Sembahyang Asar?’ Hafiya kerutkan dahi. Matanya liar mencari jam. Rasanya masih awal. Oleh kerana tidak mahu membantah, Hafiya ikut sahaja. Setelah mengambil wuduk, Hafiya terus mengekori langkah suaminya ke bilik.

Alif pula dibiarkan bermain di ruang tamu setelah pintu rumah dikunci. Elman terus berlalu tanpa menghiraukan isterinya. Hafiya berpaling bila melihat Elman menanggalkan baju dihadapannya. Elman tersenyum sinis. Kemudian dia sengaja berdiri dihadapan Hafiya. Ingin melihat reaksi isterinya.

Err…boleh tak abang pakai baju. Tak sukalah tengok abang tak pakai baju ni. Elman terus tersengih sambil garu kepala yang tidak gatal.

Panaslah. Hafiya angkat muka melihat wajah nakal suaminya.

Panas? Elman angguk kepala.

Sebelum ni tak panas pun? Hafiya bertanya pelik. Elman terus tersengih dan keluar dari bilik.

Air saya mana? Haus la, Elman yang hanya berseluar pendek paras lutut berjalan bebas di ruang tamu. Hafiya tepuk dahi sendiri.

Abang pergilah pakai baju dulu.Elman sengaja buat tak dengar. Dia ingin membiasakan Hafiya dengan dirinya. Pantas tubuh Hafiya dipeluknya.

Abang..Le..paslah..abangggg. Kata nak sembahyang Asar... Hafiya merengek. Nafasnya turun naik dengan laju sekali. Elman tersenyum lagi bila merasakan dengan jelas degupan jantung isterinya yang tidak sekata itu.

Sembahyang apa pukul 3 petang ni. Abang nak Fiya biasakan diri dengan abang, Hafiya mendongak. Perlahan-lahan dia berusaha menenangkan hatinya. ‘Dia suami aku. Aku haknya. Fiya, jagalah hatinya. Berusahalah untuk menerimanya.’ Bisiknya dalam hati memujuk hati. Perlahan tangannya membalas pelukan suaminya. Semakin lama, debaran di dada semakin berkurangan dan yang tinggal hanya rasa aman dan selamat.

Sekarang dah kurang rasa takut tu? Bisik Elman ditelinga Hafiya. Hafiya angguk kepala.

Mulai hari ini, abang akan sentiasa peluk Fiya sehingga Fiya rasa biasa dengan abang, Hafiya angguk kepala. Elman kucup dahi Hafiya lama sekali.

Tapi minggu depan, Fiya kena balik rumah papa. Hafiya buat muka comel. Terasa semakin selesa pulak bila berada di dalam pelukan Elman. Elman mengeluh.

Tak payah balik ye? Elman memujuk.

Mana boleh. Dah janji dengan papa, Hafiya pula menjawab.

Takpelah. Anggap je ini dugaan, Elman peluk Hafiya erat. Hafiya angguk kepala.

Abang, tadi abang cakap abang hauskan?Elman tersengih.

Dah hilang bila Fiya peluk abang tadi. Tapi abang haus yang lain, Elman bersuara nakal. Renungan matanya juga nakal senakal tangannya yang mula merayap dibelakang Hafiya. Hafiya gigit bibir.

Abangggg!!!! Habis tu kenapa suruh Fiya ambil wuduk tadi? Belum Asar lagi, Hafiya bersuara perlahan. Namun Elman pekakkan telinga dan menarik tubuh Hafiya menuju ke bilik semula.

Abang, Alif tengok tu, Elman buat muka selamba.

Alif tunggu kat sini ye. Papa ada hal nak uruskan dengan ibu kejap, Alif angguk kepala. Entah faham atau tidak. Elman tersengih lagi. Hafiya meronta minta dilepaskan namun Elman tetap tidak menghiraukannya. Terus pintu bilik dikunci.

Abang nak Fiya, Bisiknya lembut ditelinga Hafiya. Hafiya terpana. Terus matanya membalas renungan mata Elman yang begitu mengharap sekali. Beberapa saat kemudian Hafiya angguk kepala. Ketika Elman hendak menciumnya, Hafiya menahan wajah suaminya.

Kenapa? Elman bertanya pelik.

Tak boleh tunggu malam ke? Hafiya bertanya lembut sambil matanya meminta simpati. Elman mendiamkan diri kemudian dia geleng kepala.

Tak boleh. Nanti Fiya ubah fikiran, Jawabnya selamba dan terus mencium bibir halus milik isterinya. Beberapa minit kemudian, mereka berdua tersentak bila pintu bilik diketuk dari luar.

Abang, Alif kat luar tu,Hafiya menolak tubuh suaminya perlahan. Elman mengeluh. Suara tangisan Alif jelas kedengaran semakin kuat. Agaknya dia takut bila ditinggalkan seorang diri di luar.

Sabar ye. Hafiya tergelak bila melihat wajah kelat suaminya.

**********************
Dah tidur? Elman menjenguk. Hafiya geleng kepala. Elman mengeluh. Dari siang tadi Alif masih belum mahu melepaskan ibunya. Elman menghampiri mereka berdua.

Alif, mari papa temankan. Alif geleng kepala. Hafiya tersenyum.

Aduh!!! Kenapa Alif buat perangai masa ni jugak. Alif, bagilah peluang papa pulak peluk ibu ye? Alif geleng kepala. Elman mengeluh lagi dan terus berbaring disisi Hafiya. Hafiya tersenyum lembut pada suaminya. Kemudian dia juga turut sama berbaring sambil memeluk tubuh kecil anaknya.

Abang ni, dalam beberapa bulan ni boleh pulak abang control iman tu, kenapa malam ni tak dapat bersabar sikit? Hafiya bertanya lembut. Elman berdengus kasar. Tangannya memeluk erat pinggang Hafiya.

Entah, Elman tiada jawapan untuk soalan itu. Yang pasti dia ingin menghabiskan masa bersama Hafiya malam ini tanpa gangguan.

Bila Alif nak tidur ni. Elman semakin gelisah. Hafiya tergelak halus.

Abang ni tak sabar pulak. Hafiya memukul perlahan tangan Elman yang berada dipinggangnya. Hafiya terus mendodoi Alif tanpa menghiraukan Elman yang leka bermain dengan rambutnya. 30 minit kemudian, Hafiya berpaling ke belakang.

La…tidur pulak dia, Perlahan Hafiya angkat tangan Elman yang masih berada dipinggangnya. Kemudian dia berjalan perlahan menuju ke pintu.

Haus la pulak. Hafiya mencapai gelas kemudian berlalu ke meja setelah menuang air dari cerek. Selepas menggosok gigi, mencuci muka, Hafiya sedia untuk kembali ke bilik. Namun, langkahnya terhenti bila merasakan seseorang sedang memerhatinya. Matanya meliar mencari siapakah gerangan yang berani mengintai. Setelah yakin tiada orang, Hafiya berjalan laju menuju ke bilik.

Ahhh.. Hafiya pejamkan mata bila terasa ada tangan kasar memeluk pinggangnya.

Abang ni.Suara romantic Elman membuatkan Hafiya tergamam. Hafiya mendongak membalas renungan mata suaminya.

Masa untuk abang pulak, Elman berbisik lembut ditelinga Hafiya. Hafiya tersipu malu dan mengangguk kepala. Elman tersenyum lebar. Biarlah malam ini menjadi malam terindah buat mereka. Biarlah mereka memadu kasih tanpa ada halangan.

**************************

Abanggg…janganlah. Hafiya tolak wajah Elman yang semakin dekat dengannya sehingga sukar untuk dia melakukan kerja dapur.

Abang sayangkan Fiya, Ucapnya sayu sambil memeluk pinggang Hafiya.

Abang, kalau abang buat macamni, nanti pukul berapa pulak nak makan? Alif dah lapar tu, Hafiya geleng kepala. Dia rimas bercampur malu. Malu bila mengingatkan kejadian semalam. Rimas bila Elman seperti melekat disisinya.

Abang tak puas lagi ni. Lagipun, abang belum lapar. Elman tersengih. Nasib baik hari ni hari sabtu. Maka banyaklah masanya untuk bersama Hafiya.

Kalau abang belum lapar, abang duduk kat sana. Biar saya masak untuk Alif. Saya pun lapar jugak ni. Hafiya menolak dagu Elman yang berada dipinggangnya. Elman pulak seperti tidak mahu melepaskan isterinya. Dia masih belum puas menghabiskan masa bersama Hafiya. Sebab itu dia sengaja memeluk Hafiya ketika isterinya sedang memotong sayur untuk dicampurkan ke dalam mee goreng.

Kita sambung tidur ye? Abang rindu sangat-sangat kat Fiya. Lebih-lebih lagi selepas malam tadi, Elman sengaja mengusik isterinya. Dia bersyukur, sebab sifat penakut Hafiya ketika dipeluk sudah semakin hilang. Hafiya menjeling tajam. Wajahnya merona merah. Elman tersenyum nakal.

Abang ni.... Hafiya geleng kepala. Tidak disangka rupanya Elman ni seorang lelaki yang manja.

Fiya kena habiskan masa dengan abang minggu ni. Minggu depan Fiya balik rumah papa. Tinggallah abang seorang diri kat sini. Bosanlah macamni, Elman bersandar lemah bila mengingatkan minggu depan Hafiya tidak berada disisinya.

Setiap minggu abang balik rumah rumah papa. Kalaulah rumah papa dengan sekolah ni dekat, kan senang. Boleh juga abang berulang-alik. Elman mengetuk meja makan. Alif yang berdiri disebelahnya segera diangkat dan diletakkan di atas pangkuannya.

Nanti sunyilah papa. Alif temankan papa,ye? Elman cium pipi Alif. Alif tergelak dan mengangguk kepala. Hafiya tersenyum senang.

Fiya kerja dengan papa, hati-hati tau. Ramai lelaki kat pejabat tu. Yang penting, Fiya kena bagi tahu mereka yang Fiya dah kahwin dengan abang. Nanti abang bagi tahu papa suruh dia buat pengumuman bahawa Fiya isteri abang. Hafiya tersenyum manis.

Owh!!! Apa kata kita buat majlis bersanding. Ye..kenapa abang tak terfikir tentang tu. Nanti kalau Fiya mengandung, nanti apa pulak orang kata, Elman garu dagunya. Kenapa dia tidak terfikir tentang perkara tersebut. Mereka belum lagi bersanding seperti pasangan lain. Kawan-kawannya juga belum tahu tentang perkahwinannya.

Fiya suka tak? Hafiya tersenyum simpul. Siapa yang tak nak bersanding. Lagipun, perkahwinan pertamanya dia juga tidak bersanding.

Abang nak bersanding dengan Fiya? Hafiya bertanya perlahan. Elman membeliakkan matanya.

Kenapa tanya soalan tu. Kalau boleh abang nak umumkan kat Buletin Utama ataupun kat news paper. Biar semua orang tahu kita suami isteri. Hafiya tersenyum indah. Spontan dia mencium bibir Elman. Terpana Elman seketika.

Wah!!! Nak lagi.” Elman merengek. Hafiya geleng kepala dan meneruskan kerjanya. Elman pulak, kalau dilayan sampai esok pagi dia takkan pernah puas.


********************************

Jangan kau pergi 20

Fiya, aduh!!!! Elman menghentikan motorsikalnya.

Kenapa bang? Hafiya bertanya pelik.

Fiya nak abang sesak nafas ke?

Kenapa? Hafiya melepaskan pelukannya.

Yang Fiya peluk kuat sangat tu kenapa? Elman berkata marah.

Abang ni. Takkan itu pun nak marah. Kalau tak peluk kuat-kuat, nanti Fiya jatuh. Kalau abang tak nak ajar Fiya, cakap jelah, Giliran Hafiya pula merajuk. Elman garu kepala. Kenapa perangai Hafiya sejak kebelakangan ni sangat berbeza.

Aih!!! Nak belajar atau tak?Elman pandang wajah kelat isterinya.

Tak nak. Fiya nak memasak. Akhirnya Hafiya beredar meninggalkan Elman seorang diri.

La…marah pulak. Angin betul. Semakin hari, aku semakin tidak memahaminya. Siapa dia sebenarnya. Elman geleng kepala dan mengekori langkah isterinya.

Disuatu tempat pula, sepasang mata merenung penuh dendam ke arah mereka. Betapa cinta itu membutakan mata dan hati. Kerana cinta, dia sanggup melalui kawasan tersebut hanya untuk menatap wajah insan yang dia cinta. Kerana sikapnya itu, hatinya bertambah terluka bila melihat kemesraan pasangan suami isteri itu.

Aku akan pastikan dia jadi milikku, Bisiknya yakin. Setelah puas meleas rasa geram, dia berlalu meninggalkan kawasan tersebut bersama sumpah seranah pada insane yang tidak tahu apa-apa.


******************************

Cikgu Elman, cikgu dah makan? Elman angkat kepala bila ditegur suara halus itu. Elman tersenyum kemudian geleng kepala.

Belum. Kenapa? Elman bertanya sambil tangannya sibuk membalas mesej isterinya.

Kalau belum, jum..makan sama-sama. Saya pun belum makan jugak. Cikgu Anis dah keluar tadi, Mastura bersuara lembut. Elman melirik pada jam tangannya.

Takpelah. Kejap lagi dah nak balik. Isteri saya dah masak kat rumah. Nanti merajuk pulak dia, kalau saya tak balik makan, Elman menolak dengan lembut. Bukan tidak sudi untuk makan dengan rakan sepejabat, dia hanya tidak selesa hendak makan diluar. Dia hanya ingin menghabiskan lebih banyak masa bersama isterinya. Dalam masa sebulan ni, dia harus menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk memikat Hafiya.

Owh!! Takpelah. Sorry mengganggu, Mastura bersuara perlahan. Wajahnya berubah muram. Perlahan kaki melangkah ke meja kerjanya. Seketika kemudian dia menjeling tajam wajah Elman yang ceria itu. Cemburunya semakin menggila. Tanpa sedar, pensel yang dipegangnya patah kerana terlalu geram.

Cikgu Mastura tak balik lagi? Elman bertanya bila melihat Mastura begitu leka mengadap laptopnya. Gadis itu selalu balik lambat.

Kejap lagi. Nak siapkan kertas soalan budak-budak ni. Cikgu dah nak balik ye? Mastura senang hati bila Elman menegurnya. Kadangkala, dia juga akan balik lambat bila melihat Elman masih belum pulang. Dia sanggup semata-mata ingin melepaskan rindu pada Elman.

Okey. Saya balik dulu. Rindu kat isteri saya, Elman tersengih dan terus berlalu meninggalkan Mastura yang sedang menahan marah. ‘Rindu kat isteri pun nak heboh kat orang. Benci betul,’ Rungutnya dalam hati.


***************

Makkk… Elman tergelak besar bila Hafiya menjerit kuat. Isterinya itu sedang leka melipat pakaian ketika dia sampai di rumah.

Abang… Hafiya menampar lengan Elman yang berada di pinggangnya.

Khusyuk betul buat kerja. Abang datang pun Fiya tak sambut, Elman bersuara romantic ditelinga Hafiya. Hafiya tergelak halus.

Wangilah rambut Fiya. Elman terus mencium rambut isterinya dan bahagian yang lain sehingga Hafiya berasa rimas. Bukan tidak suka, tetapi dia bimbang jika hilang kawalan. Elman sedang menggodanya.

Abang belum makan lagi, kan? Fiya sediakan untuk abang ye? Hafiya bersuara lembut. Elman masih belum melepaskan pelukannya.

Abang belum lapar. Elman bersuara perlahan ditelinga Hafiya. Hafiya tersentak dan pantas melarikan kepalanya.

Kenapa ni? Fiya… Elman bersuara perlahan. Matanya merenung sayu wajah Hafiya. Hafiya geleng kepala dan terus menjarakan dirinya.

Fiya lapar. Marilah. Makan sama, Hafiya mengelak diri. Elman mengeluh namun tetap juga mengekori langkah isterinya. Elman masih merenung wajah isterinya. 2 minggu lagi Hafiya akan kembali ke rumah papanya dan tinggallah Elman seorang diri di kampung.


************************

Mereka bertiga bersiar-siar di sekitar kampong dan akhirnya berhenti seketika di dangau yang terletak di tepi bendang milik Hafiya.

Duduk kat sini teringat masa musim menuai yang lepas. Pertama kali ikut Fiya pergi menuai. Gatal badan abang dibuatnya. Hafiya tergelak halus. Memang melucukan bila Elman terpaksa bergaru sepanjang malam kerana gatal seluruh tubuh. Hafiya juga yang menjadi mangsa bila suaminya itu memaksa dia menggaru seluruh tubuh Elman.

Dah macam kera Fiya tengok.Hafiya tergelak. Elman berdengus kasar. Namun, seketika kemudian, dia tersengih.

Abang seronok sangat malam tu. Dapat peluk Fiya, Wajah Hafiya merona merah bila teringat peristiwa tersebut. Setelah penat menggaru dan menyapu Johnsson’s Baby Powder ke belakang Elman, dia tertidur keletihan. Bila tersedar paginya, dia terkejut bila tubuhnya dipeluk erat oleh Elman.

Malam tu terasa sangat singkat. Kalau boleh, abang nak malam berpanjangan, supaya abang berasa puas peluk Fiya. Elman raih tangan halus isterinya dan perlahan dia mengusap jari-jemari lembut itu. Hafiya tunduk merenung kaki sendiri. Kalaulah masa dapat diundurkan, dia tidak akan mengikut kakaknya ke bilik bersalin. Sekarang, lelaki yang baik seperti Elman terpaksa menanggung akibatnya. Dia sendiri tidak tahu mengapa susah sangat untuk dia menerima Elman.

Abang, maafkan Fiya. Hafiya berkata perlahan. Elman kerutkan dahi.

Maaf? Kenapa? Fiya ada buat salah pada abang? Hafiya angguk kepala.

Apa dia? Elman bertanya lembut sambil tersenyum manis. Hafiya pula merasa serba salah.

Sebab gagal memenuhi kehendak abang, Perlahan Hafiya bersuara. Kepala ditundukan. Elman mengeluh perlahan. Walaupun dia kecewa, namun dia tidak harus memaksa Hafiya kerana dia yakin, masanya akan tiba dan dia harus bersabar. Kan sabar itu separuh daripada iman. Lagipun, mungkin ini adalah dugaan yang Allah S.W.T berikan padanya.

Takpe. Fiya ambil seberapa banyak masa. Tapi, abang harap, takdelah lama sangat. Umur abang semakin hari semakin. Nanti, kalau dapat anak lambat, bila dah tua kelak, orang ingat abang berjalan dengan cucu pulak. Mana abang nak letak muka. Elman berseloroh. Namun, senyumannya mati bila Hafiya tidak ikut sama tergelak. Malah wajah isterinya semakin mendung.

Heii…kenapa ni? Abang gurau je. Hafiya gigit bibir menahan tangis. Perlahan dia memeluk tubuh Elman.

Kenapa abang baik sangat? Abang patut kahwin dengan perempuan yang baik, yang dapat menjadi isteri yang sempurna untuk abang. Tapi, Fiya sering kali mengecewakan abang. Hafiya menangis di dada Elman.

Fiya takut. Elman usap rambut Hafiya.

Apa yang Fiya takutkan? Abang ada. Abang tak paksa, Elman terus mengusap belakang tubuh isterinya.

Sejak melihat Arwah kakak melahirkan Alif, Fiya takut untuk jatuh cinta. Sebab Fiya takut berkahwin kerana, kalau Fiya kahwin, Fiya akan mengandung kemudian melahirkan anak. Fiya betul-betul takut. Elman terkaku. ‘Fiya takut berkahwin? Takut mengandung?’ Otak Elman mencerna segala kata-kata yang diluahkan isterinya.

Apa maksud Fiya takut mengandung? Habis tu, Alif dan Nurina anak siapa? Hafiya tersentak. Wajahnya di angkat. Airmata dikesat pantas. Wajah terkejut suaminya membuatkan Hafiya keliru.

Mereka tu anak Arwah kakak saya dengan Abang Arif, Elman kecilkan matanya. Kenapa dia tidak tahu semua itu?

Abang tak faham. Apa semua ni? Soalnya keliru. Hafiya tersentak.

Mama dan papa tak pernah cerita tentang Fiya pada abang? Elman geleng kepala.

Jadi selama ni, abang ingat Alif dan Ina anak Fiya? Sekali lagi Elman angguk kepala.

Jadi mereka bukan anak-anak Fiya? Giliran Elman pula bertanya dan Hafiya pula mengangguk kepala.

Tapi kenapa mereka dijaga oleh Fiya? Dan, kenapa pulak Fiya kahwin dengan Arif? Hafiya mengeluh.

Fiya terpaksa. Lagipun, Fiya takde sesiapa pun kat dunia ni selain kakak dan keluarga dia. Selepas kakak meninggal dunia, Fiya terpaksa tinggal bersama Abang Arif dan anak-anak. Jadi, untuk mengelak perkara lain terjadi, kami oun berkahwin. Sebetulnya, Fiya juga tak sanggup berpisah dengan Alif dan Ina. Kerana itu, Fiya kahwin dengan Abang Arif. Tapi, abang Arif tak sanggup terima Fiya jadi isteri dia, sebab wajah Fiya yang seiras Arwah kakak. Elman angguk kepala.

Kenapa Fiya buat macam tu? Habis tu mengapa dia ceraikan Fiya? Elman menarik Hafiya ke dalam pelukannya. Perasaan sayang semakin menebal dihatinya untuk Hafiya. Hafiya mengeluh dan membalas pelukan suaminya. Nasib baik mereka berada di kawasan yang agak sunyi dan terlindung dari pandangan orang ramai. Waktu petang-petang begini memang kurang orang lalu lalang.

Kan dah cakap tadi. Dia tak sanggup berhadapan dengan Fiya sebab wajah Fiya seiras dengan Kak Diah. Elman angguk kepala.

Habis tu macamana dengan Alif dan Nurina? Kenapa Fiya yang jaga? Lelaki tu dah kahwin,kan? Kenapa dia tak nak jaga mereka berdua?Hafiya pukul dada Elman.

Abang ni. Banyak betul soalan. Alif dan Ina tu, Fiya yang nak jaga mereka. Fiya sayang sangat pada mereka. Susah untuk Fiya lepaskan mereka. Hafiya menerangkan semuanya pada Elman.

Kenapa selama kita berkahwin, masa Alif demam hari tu, baru abang jumpa dia. Sebelum ni tak pernah pun? Atau dia nak balik dengan Fiya? Elman bertanya musykil.

Ehh...Abang ni. Ke situ pulak. Mana ada. Agakanya dia takde masa, Hafiya menjeling tajam. Malas hendak menceritakan tentang masalah lain.

Selama ni abang ingat abang kahwin dengan janda beranak dua. Rupa-rupanya abang silap. Hafiya gigit bibir. Geram mendengar kata-kata Elman.

Kenapa? Kalau betul Alif dan Ina tu anak Fiya, abang nak buat apa? Elman peluk erat tubuh isterinya.

Kalau abang tahu, sejak mula lagi abang pikat Fiya sampai jatuh cinta kat abang. Maafkan perangai abang yang kasar dulu tu, ye. Elman berkata nakal. Hafiya tersengih.

Fiya cintakan abang?Soalan yang membuatkan Hafiya terkelu.

Errr..itu…Fiya…itu..err.. Dia gugup. Elman mengeluh.

Takpe. Siapalah kita ni nak dicintai. Elman berjauh hati. Perlahan tangannya membuka pintu kereta. Alif yang sedang leka bermain di dalam kereta di sapa perlahan.

Alif, ibu tak cintakan papa, Ujarnya perlahan sambil membuang pandang ke hadapan. Hafiya garu kepala yang tidak gatal.

Marah? Macamana ni, Hafiya renung wajah Elman. Kemudian dia tersengih nakal. Perlahan dia duduk di sebelah Elman. Sebelah tangannya diletakkan di belakang. Perlahan-lahan tangannya menghampiri leher Elman. Tanpa amaran, terus ditariknya dan dicium pipi suaminya. Terkejut Elman.

Nakal. Takpe. Tunggu. Sampai rumah nanti abang balas.Hafiya angkat kening. Mencabar suaminya. Elman geleng kepala.