I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 7 May 2012

Jangan kau pergi 23

Hafiya menyapu lotion pada tangan dan lehernya. Matanya masih merenung suaminya yang sedang leka membaca majalah di atas katil. Alif sudah tidur dibilik Pn.Mariam dan En.Ezhan. Lepas makan malam tadi, mereka berdua beria-ia hendak tidur dengan Alif. Nurina pula bermalam dirumah Arif. Sejak seminggu ni, Nurina mula membiasakan diri dengan ibu tirinya. Hafiya menghampiri suaminya setelah melihat Elman sedia untuk tidur.

“Abang....” Hafiya meniarap menghadap suaminya. Elman mendiamkan diri dan merenung siling bilik. Dengan selamba Hafiya menompang dagu di dada Elman. Elman buat muka selamba. Padahal dalam hati dia suka bila Hafiya ingin bermanja dengannya. Sudah agak lama mereka tidak menghabiskan masa bersama sejak kejadian sebulan yang lalu.

“Rindu kat abang,” Ucapnya nakal. Lirikan matanya menggoda membuatkan Elman tidak selesa. Elman menoleh ke tepi.
“Jahatlah abang ni. Tak sudi tengok wajah Fiya, ya?” Hafiya memukul dada bidang suaminya. Terbatuk kecil Elman dibuatnya. Hafiya tersengih kemudian perlahan dia mencium dada suaminya.

“Lepaslah. Orang nak tidur,” Hafiya buat pekak dan teruskan aktiviti mengoratnya. Walau dia terasa hati bila Elman tidak lagi membahasakan dirinya abang. Hafiya teruskan usaha untuk menggoda suaminya. Dengan cara itu, barulah Elman sudi bercakap dengannya.

“Abang tak rindu kat Fiya?” Hafiya bertanya manja. Wajah Elman disentuh perlahan. Elman pandang wajah Hafiya lama. Hafiya terus tersenyum.

“Fiya yang tak rindukan orang. Fiya tak sayang orang. Fiya sanggup suruh orang kahwin dengan perempuan lain. Apa yang orang dapat kalau rindukan Fiya?” Hafiya tersenyum kemudian merebahkan kepalanya ke dada Elman.

“Abang ni berlagak tau. Kalau rindu cakap je. Takpelah. Biar Fiya lepaskan rindu ni.” Hafiya angkat kepalanya dan menghampiri wajah Elman yang sudah pucat itu. Hafiya bukan bodoh. Semasa dia letakkan kepalanya di dada Elman, dia dapat mendengar dengan jelas degupan jantung suaminya tidak teratur. Hafiya tersenyum manis. Pantas bibir kaku suaminya dikucup lama sehingga dia merasakan Elman mula membalasnya. Pelukan dipinggang juga sudah terasa.

“Abang rindukan Fiya,” Hafiya tersenyum menang saat Elman mengucap rindu padanya.

“Abang takkan lepaskan sayang malam ni.” Hafiya tergelak halus.
“Saya milik abang. Dah tak macho suami Fiya ni bila merajuk.” Jawabnya nakal. Elman tersenyum senang.
“Jangan paksa abang terima perempuan lain, ye.” Elman kucup dahi Hafiya. Setelah sebulan mereka cuba mengelak dari berbicara tentang perkara tersebut.

“Tapi...” Hafiya tidak sempat menghabiskan bicaranya bila bibirnya dikucup oleh suaminya.

“Takde tapi-tapi...abang hanya cintakan Fiya seorang.” Hafiya angguk kepala.

“Abang...”

“Ermmmm..”

“Abang sudi ada anak dengan Fiya?” Hafiya bertanya perlahan. Elman tunduk merenung wajah Hafiya yang sedang mendongak memandangnya. Jari-jemari Hafiya yang berada didadanya digenggam erat.

“Abang berbesar hati kalau Fiya sudi mengandungkan anak abang. Jadi, Fiya dah sedia untuk ada anak sendiri?” Hafiya angguk perlahan. Elman tersenyum lebar.

“Nampaknya, abang kena usaha lebih ni.” Ucapnya nakal. Hafiya pukul dada suaminya. Elman tersenyum bahagia.

“Abang....”

“Apa dia sayang?” Elman bertanya lembut.

“Abang Arif nak ambil Alif dan Ina semula.” Hafiya bersuara perlahan. Elman tersentak. Wajah muram isterinya dipandang bimbang. Patutlah Hafiya seperti ada masalah sejak kebelakangan ini. Sangkanya, Hafiya sedih sebab kes khalwatnya.

“Ye? Kenapa baru sekarang?” Elman bertanya pelik. Hafiya geleng kepala.

“Fiya risau. Apa kita nak buat? Abang, Fiya sayang sangat pada mereka. Sampai hati Abang Arif nak ambil mereka dari kita.” Hafiya menangis. Elman peluk isterinya.

“Nanti kita bincang dengan Abang Arif. Dia mungkin ada alasannya tersendiri. Sayang jangan risaulah. Okey?” Hafiya angguk kepala. Pelukan dipinggangnya terasa semakin erat.

“Bila dia jumpa sayang?” Elman bertanya lagi setelah tangisan isterinya reda.

“Minggu lepas. Fiya tak tahu nak buat apa. Macam-macam perkara menimpa kita. Abang, Fiya takut.” Hafiya menangis lagi.

“Janganlah takut. Tapi, kalau dia nak ambil Alif dan Ina semula, takde salahnya. Mereka berdua tu anak kandung dia. Fiya harus terima kenyataan yang Alif dan Ina bukan anak Fiya.” Hafiya tolak dada suaminya.

“Sampai hati abang cakap macam tu. Fiya dah anggap mereka macam anak Fiya sendiri.” Hafiya berkata berang. Elman tarik semula Hafiya dalam pelukannya.

“Sampai bila Fiya hendak membohongi Alif? Ina, mungkin sudah tahu. Alif? Tentu dia kecewa kalau dapat tahu abang dan Fiya bukan ibu bapa kandung dia yang sebenarnya bila dia dah besar kelak.” Hafiya terdiam. Hafiya harus terima hakikat bahawa Nurina dan Alif bukan anak kandungnya. Dia hanya ibu saudara mereka.

“Fiya boleh sayangkan mereka sebagai ibu saudara. Mereka boleh jumpa Fiya, macam yang Ina buat sekarang. Tentang Alif pula, kita dekatkan dia dengan Abang Arif supaya dia dapat terima Abang Arif sebagai papanya.” Hafiya termenung seketika.

“Lagipun, kita akan ada anak sendiri. Abang takut, kita membahagikan kasih sayang pada mereka suatu hari kelak,” Hafiya terus mendiamkan diri. Ada benarnya apa yang Elman katakan. Bagaimana jika dia ada anak sendiri? Tentu kasih sayangnya akan berbelah bagi. Tapi, dia yakin dia tidak akan membeza-bezakan mereka.

“Bagi Fiya masa.” Elman kucup dahi isterinya.

“Fikir untuk kebaikan kita semua. Dah, sekarang abang nak bekerja keras untuk dapat baby sendiri pulak.” Hafiya berusaha menolak tangan Elman yang berada dipinggangnya.

“Fiya nak tidur. Abang ni, tak dapat diberi peluang.” Hafiya berkata selamba dan membelakangi suaminya.

“Jangan harap dapat tidur selagi belum jalankan tugas sayang.” Hafiya ketawa halus bila Elman menggeletek pinggangnya dan akhirnya Hafiya merelakan dirinya dimiliki Elman.

“Abang, macamana dengan kes abang tu? Mastura macamana?” Elman mengeluh. ‘Kenapalah saat ini juga nak tanya tentang hal tu,’ Elman mengeluh.

“Boleh tak kita tak payah bincang tentang tu. Kalau abang ingat tentang tu, abang jadi sakit hati.” Hafiya gigit bibir.

“Tapi, Fiya nak tahu jugak.” Hafiya bersuara keras. Elman mengeluh. Lama wajah isterinya di renung.

“Biarlah pihak mahkamah yang menentukannya. Abang tetap dengan keputusan abang. Tiada wanita lain yang akan menjadi isteri abang selain dari Hafiya binti Hafzan. Hanya dia yang layak untuk menjadi isteri, ibu pada anak-anak abang dan bidadari abang di dunia dan di akhirat.” Elman berkata yakin sambil memeluk erat tubuh isterinya. Hafiya membalasnya. Terharu mendengar betapa Elman mencintainya setulus hati.

“Abang, Fiya cintakan abang.” Akhirnya Hafiya meluahkan perasaannya. Elman tersentak.

“Fiya kata apa tadi? Cinta?” Hafiya gigit bibir. Perlahan dada suaminya dipukul.

“Cuba ulang. Apa yang Fiya sebut tadi. Tapi..tunggu dulu..” Elman bergerak ke tepi katil mencapai telefon bimbitnya.

“Apa abang nak buat ni.” Hafiya bertanya pelik. Elman begitu leka memegang telefon bimbitnya.

“Fiya ulang apa yang Fiya cakap tadi. Abang nak rakam.” Elman sedia dengan telefon bimbitnya. Hafiya berdengus kasar. Terus telefon tersebut di tolak ke tepi.

“Abang ni...malulah.” Elman buat muka kasihan.

“Cepatlah. Abang tak sabar nak dengar lagi ni.” Hafiya tersenyum dan merampas telefon tersebut.

“Fiya cintakan abang. Muah..” Hafiya terus menyerahkan telefon tersebut pada Elman.

“Puas?” Hafiya bertanya sambil tersenyum manja. Elman angguk kepala.

“Terima kasih sayang.” Elman kucup dahi Hafiya setelah puas hati dengan rakaman tersebut.

“Jangan pernah bermimpi untuk tinggalkan abang. Atau pergi dari sisi abang. Abang pun takkan pernah tinggalkan Fiya. Janji ye?” Elman tayang jari kelingking. Hafiya tersengih.

“Macam budak-budak.” Namun dia tetap juga memaut jari kelingkingnya pada Elman. Mereka tersenyum bahagia.

****************************

layan n3 ni...kenapa sy rasa mcm terlebih sudah???????errr...bllur..layan jelah...

No comments:

Post a Comment