I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday 24 January 2012

Kehidupan angin cinta

((Ini kisah benar dari  kehidupan teman saya;dan ditokok tambah untuk menyembunyikan kisah sebenar))

Aku adalah seorang perempuan yang biasa yang tidak punya paras rupa yang cantik dan hidup dengan ceria.Dari kecil aku suka bermain dengan kawan-kawan,sepupu dan juga jiran tetangga.Hampir setiap hari aku bermain dengan mereka.Dan dalam kehidupan, aku banyak kali berhijrah ke beberapa tempat dek kerana ada masalah keluarga yang aku hadapi.Namun demikian kehidupan aku yang sedemikian tidak sama sekali meruntuhkan perhubungan aku antara kawanku dan juga sepupu tersayang.

Walaupun sepupu aku ramai,namun hanya seorang yang sentiasa lekat dengan aku,ke mana aku pergi dia sentiasa mengambil berat tentang aku,Aku juga banyak meluahkan permasalahan dengan dia.Aku dengan dia bagai isi dengan kuku kerana dari kecil lagi aku hidup dengan dia.Sering bergelak ketawa dengan dia juga berkongsi duka dengannya.Dia adalah sepupu lelaki yang paling setia bersamaku.Dan yang paling jelas,mak cik aku yang jaga aku ketika keluarga aku dilanda masalah,walaupun keluarga aku sering bermasalahan dek kerana perebutan harta pusaka,tapi aku tidak kisah tentang itu selagi ada yang menyayangi aku.Aku sering berhijrah di banyak negeri.Antaranya adalah Kuala Lumpur,Kedah,Terengganu dan juga Thailand.Walaupun penat namun aku tetap gembira dengan kehidupanku.

Kisah kecilku banyak mengembirakan hatiku.Bukan seperti kini yang sering menyempitkan fikiran dan dadaku kerana masalah cinta.Masalah itulah yang sering dihadapi remaja apabila meningkat dewasa.Aku mengenali Faris(bukan nama sebenar) sejak kecil lagi dan sering bermain dengannya.Setiap pagi petang malam aku sering bersamanya.bermain kejar-kejar,sorok-sorok,masak-masak,main mak ayah,aku jadi mak dan dia ayah pastu sepupu aku jadi anak,kenangan tu sangat manis jika dikenang.Walaupun sering bersama,tapi tiada perasaan aneh yang muncul ketika itu kerana masih mentah dan tidak tahu apa itu CINTA,aku berkawan dengannya ketika kecil hampir 8tahun,namun ketika aku melangkau ke umur 9tahun,tiba-tiba keluarga Faris porak peranda dan terpaksa pindah ke Kuala Lumpur.Aku merasa kehilangannya tapi kehilangan tu tidak berpanjangan kerana aku mudah mendapat kawan silih berganti,jadi aku melupai Faris begitu sahaja,tambah-tambah lagi kehidupan aku sendiri yang sering berhijrah menyebabkan aku tidak begitu menghargai persahabatan.

Dan aku tetap meneruskan masa kanak-kanak ku seperti biasa.Sehinggalah aku melangkau ke umur remaja.Pada mulanya aku langsung tidak mempedulikan kaum lelaki.Kerana bagi aku lelaki tidak penting kerana mereka semuanya nakal dan sering menyakitiku.Ketika aku masuk ke alam sekolah menengah.Aku masuk aliran sekolah arab.tapi hampeh sebab nama je sekolah arab tapi perangai diorang macam pelajar nakal. Bila masuk sekolah tu bermula la masalah lain.Ramai yang mengacauku.tapi aku tak pasti sebab apa,sebab rupa aku tak layak untuk dikacau oleh mana-mana lelaki.mungkin juga sebab perangai aku yang tak berapa nak serius kot dan sering bergurau tak bertempat.hinggalah aku masuk tingkatan dua.Aku mengenali seorang lelaki yang masa tu  berada di tingkatan5.Dia adalah senior paling  top di sekolah itu.Dan dia sering berjalan berpuak-puak.Yang paling ku menyampah  setiap kali aku ke sekolah dia bersama puaknya menunggu di muka pintu pagar untuk menjemput aku,mula-mula memanglah aku tidak perasan tapi kalau dah setiap hari dan setiap minggu dia macam tu memang aku perasan.Tapi aku malu dengan senior aku tu sebab dia seolah2 nak berlaku romantic dengan aku.Tapi di saat tu,kawanku memberitahu bahawa abang tu nak kenal dengan aku,tapi kawan aku minta aku jauhkan diri darinya kerana dia tidak boleh dipercayai dan selalu mempermainkan perasaan perempuan.tapi aku masa tu masih mentah dan masih keliru bagaimana rasa jika seseorang tu jatuh hati.Dan bagaimana rupa lelaki yang selalu mempermainkan perempuan.

Sehinggalah di satu saat tu perasaan aku terhadapnya menjadi ngam.Sah!memang aku jatuh cinta dengan laki tu,aku berkawan 5bulan pastu ada kawan kembar  aku mendekati aku dan menyuruh aku menjauhi laki senior tu.sebab dia cakap laki tu tak boleh dipercayai.Tapi hatiku dah jadi macam tungggul.apa yang orang lain perkatakan tentang senior tu aku tidak peduli,yang penting hatiku bahagia bersamanya.Kemudian aku mula sedar yang senior tu bukannya tulus menginginkanku setelah aku melihat dia berkawan dengan sepupuku pula.Dan satu masa tu aku dihebohkan bahawa senior tu dah bercinta dengan sepupu aku,Hancur berkecai perasaan aku pabila mendengar berita itu.Lantas masa tahun akhir tingkatan dua,aku dapatkan borang untuk pindah dari sekolah itu kerana sekolah itu penuh dengan kenangan malapetaka.

Ketika aku pindah ke sekolah baru,sedikit sebanyak aku dapat lupakan dia,tapi untuk katakan ingatan aku terhadap dia hilang semua tidak sama sekali.Kerana masih ada sisa-sia cinta yang berbaki.sakitnya hati bila jatuh hati.Aku mula jauhkan diri darinya kerana aku tidak sanggup untuk melihat dia bersama sepupuku sendiri.

Setelah itu,ketika aku tingkatan3,aku ke kelas tuisyen  English yang paling bagus kerana masa tu aku nak PMR,jadi aku  nak perbaiki kelemahan aku.Di situlah datang sinar baru dalam hidupku kerana aku bertemu kembali dengan sahabat aku yang sudah lama terpisah,namun ketika itu aku langsung tidak mengingati dirinya dan nama panggilannya masa kecil dah bertukar dengan panggilan yang lain.sedangkan aku hanya mengetahui nama panggilan yang pendek sahaja,dan tidak tahu nama panjangnya apa.Tambah2 lagi aku ketika dulu masih kecil dan hanya tahu bermain dan tidak pernah mengambil berat tentang nama dirinya.Dan personalitinya jelas sekali berubah dari lelaki yang manja menjadi segak dan macho,dari iras muka yang lembut menjadi gentleman.wah!memang aku tak pernah melarikan anak mata aku dari melihat dia.Kalau dulu aku yang nakal dan sering merampas kereta mainannya dan sering menarik rambutnya yang  seakan-akan seperti kanak-kanak perempuan.

Kini berada di depan mataku dengan wajah dan tingkah laku yang berbeza.Aku sangat terkejut bila menyedari apabila dia adalah sahabat baikku sejak kecil dan akhirnya dapat bertemu kembali.
Buat kali kedua aku mengenalinya setelah Master  mengenalkan dirinya di depan pelajar2,Kalau dulu mak cik aku yang kenalkan dia padaku dan suruh berkawan dengannya.Dan ketika itu juga dengan langkah machonya dia datang ke arahku,mula2 aku mengingat wajah yang hensem itu tak akan memandang aku kerana aku bukanlah wanita pujaan lelaki hensem.setakat lelaki yang takda rupa adalah berani nak dekati aku.Tapi aku terkejut kerana langkahnya kea arah tempat dudukku dan dia sering berada di sebelahku ketika seisi pembelajaran berlaku.Faris yang dulu manja dan sering dibuli aku sekarang tiba saatnya dia buli aku pula kerana dia adalah seorang yang cukup perfect,sudahlah dikurnia wajah yang menggugat mana2 hati wanita,pastu diberi pula akal yang pintar dan genius. Jadi setiap kali di kelas English,dia selalu memperendahkan aku kerana lemah dalam subjek yang dianggap kacang olehnya.tapi dia tidaklah sezalim yang disangka2,setelah dibuli dan dilempar kata2 yang menyakitkan aku,dia tetap menolong aku dalam mengarang essay b.i..so sweet.dan tiap kali tu juga lah dia membantu aku sehinggalah ujian datang,dia juga yang tolong jawabkan untuk aku.sebab tu la aku sampai sekarang memang teruk dalam b.inggeris.

Dan yang suka membuli tu la mengingatkan aku peristiwa sebelum dia muncul di kelas b.i,dia ada datang ke majlis perkahwinan kakakku.Dan dia menjadi kameraman yang tak bertauliah,begitu juga aku,pada masa tu aku dah gaduh2 ngan dia sebab dia curi2 ambil gambar aku.dan memalukan aku depan orang ramai.perangai dia kini dibanding masa kecil2 dulu memang jauh berbeza.dari penakut jadi berani.sampai aku tidak mengenalinya.

Dan start pada masa tu,aku mula berkawan dengannya.dan hatiku berkata aku sangat menyukai dirinya tapi hatiku dapat mengawal yang aku tidak layak untuknya.bagai langit dengan bumi.jadi aku dengan dia hanyalah kawan dan tidak lebih dari tu,aku pendam rasa cinta ni  dan terasa diri ini terseksa dek kerana perasaan tidak terluah.Dan setelah beberapa bulan kemudian,senior masa zaman sekolah lama aku datang lagi mengganggu kehidupanku,dia datang untuk menyambung kembali persahabatan yang terputus dan aku langsung mengendahkannya.Tapi lama kelamaan hati aku mungkin kembali berputik dan ternyata hati aku masih ada buat senior.Dan pada saat tu juga Faris datang memberitahu isi hatinya untuk menjadikan aku sebagai teman wanitanya.dan aku berkata padanya aku tidak mahu bercinta kerana tidak mahu mengganggu masa study aku kerana tahun tu aku PMR.Dan dalam masa yang sama juga senior tu juga datang meluahkan perasaan sebanarnya kepadaku.Kelihatan seperti senior tu serius tapi aku sudah tidak mempercayai setiap kata2 manisnya kerana aku tdak mahu pisang berbuah lagi.

Jadi jalan yang terbaik bagiku adalah terus bersahabat dengan mereka berdua,hatiku terdetik.susah kalau mempunyai wajah yang agak sedap mata memandang,ni belum lagi dikatogeri wanita cantik.Kalaulah aku dikurnia wajah yng lawa pasti diri lebih terseksa.

Kemudian,masuk tingkatan 4.dan faris masuk tingkatan5 manakala senior dah masuk ke salah satu IPTA.aku masih kekal berkawan dengan mereka.Dan pada saat juga setiap kali faris bertanyakan tentang hatiku,aku tidak boleh memberi kata putus kerana hatiku mungkin dalam dilemma.Kerana aku MUNGKIN jatuh  hati dengan dua orang lelaki sekaligus.Hanya tuhan yang tahu perasaan aku ketika itu.salah sorang menjauhkan diri dariku kerana kecewa dengan kata2ku,pasti aku terseksa,yang ini merajuk aku terseksa,yang tu marah yang ni marah.Dan semua itu melelahkan diriku.Kerana aku takut mereka meninggalkan aku kerana kecewa denganku .padahal hatiku suka kepada kedua2nya.Dan aku terpaksa menjaga hati mereka sebaik mungkin kerana mereka telalu baik untukku.

Dan setelah beberapa bulan,Faris akan mhadapi SPM,dan ketika itulah berlaku peristiwa yang menyayat hati.Setelah dua hari m’jalani SPM,dia diuji dengan masalah yang agak teruk.Dia kemalangan jalan raya!aku mendengarnya seakan2 ada kilat yang menyabung dalam diriku.Aku menangis sekuat hati kerana dia tidak mungkin meninggalkan diriku tanpa mengetahui isi hatiku yang sebenarnya.Aku menyesal dan ingin sekali aku meluahkan perasaanku ketika itu juga,namun setelah melihat keadaannya yang parah dan seakan2 bangkai brnyawa,aku menangis kesal dengan apa yang berlaku.Dan ketika itu juga,aku melupakan senior untuk seketika kerana aku perlu memberi tumpuan kepada Faris sepenuhnya.

Faris akhirnya terlantar di hospital.memang agak lama dan menjenuhkan.kelihatan ibu dan family faris menangis kerana takut kehilangannya.Namun faris tetap tidak sedar dan koma selama beberapa minggu,setelah itu..nurse mendapati dia sudah lepas dari tahap kritikal kerana sudah sedar dari koma.Dan aku seolah-olah merasakan ianya mimpi dan ia hanyalah sebuah novel yang aku baca.tapi tidak,ia reality!setelah aku sendiri ke biliknya untuk melawatnya,aku sudah keras hati dan air mataku seolah2 sudah tidak wujud lagi kerana aku sudah puas untuk meratapinya,namun dalam hatiku mengharapkan dia lahir kembali ke dunia ini setelah hampir 2tahun aku berkawan lagi dengannya.Setelah beberapa hari kemudian,Faris sedar dari tidur dan mula membuka matanya namun suaranya tidak kelihatan dan tidak berbunyi.Aku mula risau dan takut apa2 terjadi pada dirinya.Aku tidak boleh menerima kenyataan apabila mengetahui dia sudah tidak seperti dulu.Doktor kata mungkin dia akan terencat akal kerana kemalangannya dengan lori menyebabkan kepalanya terhantuk kuat di suatu sudut.Dia tidak mengenali semua yang ada di sekelilingnya.

Aku pulang ke rumah dengan hampa,menangis tak berlagu,seperti orang gila yang kehilangan anak,makan tak selera,mandi kadang2,bercakap pun tidak.tapi mujur aku menyedarinya bahawa aku perlu m’hadapi ujian dan tidak boleh berputus asa.aku juga tidak boleh meninggalkan Faris begitu sahaja kerana dia mungkin memerlukan sokongan dariku,dan hatiku berkata lagi.mungkin doctor salah mentafsir bahawa Faris mungkin akal mengalami terencat akal.Sambil aku mengulangkaji pelajaran sambil tu juga aku berulang alik dari hospital untuk menziarahi faris.Lama juga dia berkeadaan begitu.hampir separuh bulan.Dan bila dia dibenarkan pulang,sekali lagi hatiku tersentap kerana dia pulang ke rumah dengan keadaan dirinya yang dah seperti kurang siuman.Melihat aku dengan pandangan tajam,tidak menghiraukan kedatangan aku,tiada gurau-guraun yang sering muncul dari mulutnya sebelum ini.Aku sakit dan terseksa dengan melihatnya begitu.
Tapi aku gagahkan juga dengan melawatnya sekiranya aku free dan tiada aktiviti lain kerana aku tidak boleh lupakan dia walau dia cacat sekalipun.Dia jadi OKU,duduk di kerusi roda!tak boleh b’jalan,tangan kanannya lumpuh,mukanya penuh berparut digilis jalan raya!dan yang tak dapat aku menerima adalah dia tidak mengenali aku!!

Dan untuk itu,aku mengembalikan semula semua hadiah-hadiah yang pernah dia bagi padaku kepadanya semata-mata untuk dia tau yang dia adalah temanku.aku sering muncul dihadapan matanya.Biarpun dia melihat aneh pada diriku,namun aku tetap bersabar.Dan di saat aku putus asa,aku tidak lagi menziarahinya kerana terlalu sedih dan kecewa,ibunya menelefonku mengatakan bahawa Faris mencari aku!wajahku riang semula dan terus ke rumahnya untuk melawatnya.

Dia mengenali aku lagi dan ternyata kata2 doktor itu tak boleh dipakai kerana semakin lama ingatan Faris semakin pulih.Masa tu adalah tahun aku untuk mengambil SPM,dan Faris menyatakan dia mahu mengambil SPM  sekali denganku,tetapi keadaannya tidak mengizinkan kerana tangan kanannya tidak berfungsi kerana tulang tangan kanannya terkeluar dan kelihatan seperti lumpuh.Aku memujuknya untuk mengambil taun hadapan dan akhirnya dia ambil SPM secara individual.Dan ketika aku menunggu keputusan untuk masuk ke university,dia juga sama sepertiku.

MasyaALLAH,masa berlalu dengan pantas,walaupun dia tidak ambil SPM sekali denganku,tapi dia tetap gagah untuk mengambil secara individual pada beberapa bulan kemudiaannya.Dan ketika itu  juga dia berulang alik dari hospital utuk mendapatkan rawatan sepenuhnya.Dan aku akhirnya dapat masuk ke salah sebuah IPTA,dan tidak lama kemudian,dia juga mendapat tawaran ke luar Negara.Dan masa itu juga dia menyatakan hasyratnya sekali lagi untuk mnjadikan aku sebagai teman hidupnya sebelum dia berlepas ke luar Negara,dan akhirnya hati aku mengatakan tidak kerana aku tidak suka dengan tindakannya.sekali lagi aku mengecewakan hatinya.Dan ketika aku berada di tahun satu,senior muncul lagi dalam hidupku.Dan aku terima dia sebagai kawanku.Dan paling aku tak dapat menerima bahawa dia katakan yang dia pernah bercinta dengan tiga orang dalam satu masa yang sama.Dan meluahkan lagi bahawa selama ni hatinya untukku sahaja dan berbuat demikian kerana rasa tercabar kerana aku menolak cintanya.Damn!aku rupa2nya tertipu selama ini dan aku jelas tidak dapat menerimanya lagi selain kawan.Dan ketika aku masuk tahun semester ke dua,setelah lama aku putus harapan dengan senior yang mempermainkan perempuan  dan juga Faris yang mengecewakan aku kerana dia tetap pergi meninggalkan aku kerana cita-citanya ingin ke luar negara,aku buat hal sendiri dan tibalah satu kehidupan baru dalam hidupku.

Saatnya ketika aku khusyuk melayari facebook,hadir seseorang yang meminta untuk jadi kawanku(add),aku pun seperti biasa menjelajah dulu info dan wall serta photo,mana tau aku kenal ke tak.yela,untuk accept kawan dalam facebook kita kenalah cek dulu berapa banyak kawan yang dia ada pastu cek dia punya info n juga picture2nya,kelihatannya dia adalah budak seuniversiti denganku,kemudian ketika aku melihat gambar tiba2 tanganku gatal menekan facebook temannya dan aku menekan photonya,kelihatan banyak gambar2 yang dia upload membuatkan aku khuyuk melihat satu persatu.

Sambil aku tengok2 pictnya,aku membebel mengutuknya kerana status yang dia post nmpak kelihatan seperti warak tapi bila tengok pada gambar2nya macam poyo je sebab rmbutnya kelihatan selekeh dan tidak terurus tapi yang tak leh terimanya dia pakai kopiah!Jadi penasaran pula.Dia ni betul ke tak.
Bila pulangnya dari hostel aku menceritakan perkara tu pada kawan serumahku tapi ternyata dia mengenali lelaki tu kerana lelaki tu  adalah kawan kepada kawanku.Dan ktika aku menunjukkn facebooknya kepada kawanku,dia jelas mengenali dan dia mengatakan yang aku menyukai lelaki itu,padahal aku sekadar ingin berkongsi cerita dan bukannya aku betul2 suka padanya.Aku sudah susah untuk menyukai mana-mana lelaki kerana lelaki sangat membuatkan aku rasa sesak untuk bernafas!tapi aku tidak sedar dalam benci aku kepada lelaki tiba2 hatiku sedikit demi sedikit terbuka untuk si ‘koya’ tu.

Dalam masa yang tak sedar aku sering juga curi2 buka wall si koya tu dan melihat photo2nya.Kadang2 terasa juga nak save picturenya.aku pun tak tau kenapa aku sering berbuat begitu.Dan lama kelamaan aku sedar kalau sehari aku tidak menjenguk wall facebooknya,hatiku tidak tenang.Dan setiap kali aku bertemu dengannya hatiku terasa berombak2 seperti berdebar-debar.aku mengenalinya dari luar kerana kawanku juga yang tunjukkan.Dan kali ini aku jatuh hati pada lelaki dengan cara lain sekali,aku bukan jatuh cinta padanya kerana dia mengacauku dan buatkan aku terpikat seperti yang senior buat untuk mencuri hati aku,bukan juga seperti cintaku pada Faris karana kehenseman  dan kebijaksanaan yang terdapat dalam dirinya dan kegentlemannya untuk mendekatiku.Tapi aku mencintainya tanpa sebab!!bukan kerana rupa kerana dari awal lagi aku katakan dia tu koya dan  tambah lagi selekeh!,bukan kerana kepandaian kerana aku Nampak dia bukan seperti yang ada pada diri Faris!bila pensyarah Tanya dia jawab bukan betul seperti mana setiap kali master Tanya Faris dan dia sering diberi pujian dan tepukan dari kawan kerana kepandaiannya.Dan kerana apa aku terpikat dengannya?bukannya dia datang tonjolkan dirinya padaku,bukan kerana dia menunjukkan wajahnya padaku.malah aku yang menyukainya dalam diam.

Dan ternyata realitinya cinta yang begini lagi terseksa dari sebelum ini.Kalau faris walau aku suka tapi aku boleh dekatinya tapi si koya ni macam mana???Sampai kini aku tiada jawapan untuk menjawab persoalan di bahagian tempat mana yang menyebabkan aku suka padanya?malah perangainya sendiri kadang2 mbuatkan aku tak suka.

Dan perasaan cinta aku dulu dan kini tidak pernah terjawab dn tidak tahu bagaimana ia akan berakhir.aku akan berusaha untuk mengambus semua kenangan lama biarpun pedih tapi ia lebih baik dari terus mengingati,walaupun Faris sudah menjadi tunangan orang lain kini,namun dia tetap bersahabat baik denganku.bagaimana pula penyelesaian si senior yang sedang mencari jejak aku dan berusaha untuk melamarku untuk mnjadi suri nya?? Selamat tinggal masa laluku.jika ditanya apa yang aku mahu sekarang ini,aku akan jawab aku mahukan si koya/oramg lain yg seakan2 si koya untuk jadi teman hidupku dan aku mahu lupakan masa silamku dan biarkan terus hanyut jauh ke dasar ombak dari hidupku J





Jangan kau pergi 8

Sebuah kereta berhenti dihadapan rumah Hafiya. Kemudian keluar seorang lelaki yang berpakaian kemas. Dia menanggalkan cermin matanya dan memandang sekeliling rumah yang jauh berbeza dari kali terakhir dia datang ke kampung itu. Rumah yang dulunya hampir roboh juga sudah berdiri teguh. Dia berpaling bila mendengar seseorang menghampirinya.

“Anak ni cari siapa?” Wanita separuh abad itu bertanya perlahan. Lelaki muda itu tersenyum dan menyalami tangan wanita tua itu.

“Mak cik, saya nak Hafiya. Mak cik kenal dia?” Wanita tua itu tersenyum.

“Kenal. Anak ni siapa? Kenapa nak jumpa dia?”

“Saya Arif. Bekas suami dia,” Wanita itu angguk kepala.

“Marilah duduk kat sana dulu. Kita berborak.” Arif mengekori langkah wanita itu ke bangku dibawah pokok mangga yang tidak jauh dari rumah Hafiya.

“Mak cik memang asal orang sini ye? Mak cik ni nama apa?” Arif bertanya ramah.

“Orang panggil mak cik, mak cik Senah. Memang asal orang kampung ni,” Arif angguk kepala.

“Dah lama bercerai dengan Hafiya?” Arif pandang wajah wanita tua itu.

“Setahun lebih dah kita orang berpisah,” Jawabnya tenang. Mak Cik Senang angguk kepala.

“Owh!!!! Tahu tak Hafiya ni dah berkahwin?” Arif tersentak.

“Fiya dah kahwin? Dengan siapa?” Soalnya terkejut.

“Dengan cikgu yang mengajar kat sekolah kampung ni,” Arif tersandar lesu. Mak Cik Senah pun bercerita tentang semua yang terjadi sepanjang Hafiya tinggal di kampung tersebut.

“Dah berapa lama?” Arif seakan-akan tidak percaya. setelah

“Dah hampir 9 bulan. Sekarang ni dia dan anak-anak mengikut suaminya bercuti di bandar. Sekarangkan musim cuti sekolah.” Arif angguk kepala.

“Fiya sanggup berkahwin dengan lelaki itu?” Arif masih tidak percaya Hafiya sanggup berkahwin dengan lelaki yang dia tidak kenal. Dia risaukan anak-anaknya.

“Orang kampung yang paksa dia kahwin. Lagipun, ramai yang takut suami mereka kena goda oleh Hafiya. Maklumlah dia tu janda muda. Cantik pulak tu. Bila dia dah kahwin barulah orang-orang perempuan kat kampung ni merasa aman.” Arif angguk kepala. memang dia akui Hafiya memang cantik. Jika Hafiya bukan adik arwah isterinya, memang dia akan cuba merebut hati gadis itu. Oleh kerana tidak sanggup menatap wajah yang begitu seiras dengan arwah isterinya membuatkan Arif terpaksa melepaskan Hafiya. Bimbang Hafiya tidak bahagia hidup bersamanya.

“Anak-anak dia bawa sekali ye mak cik? Suami dia baik tak dengan budak-budak tu?” Mak Cik Senah angguk kepala.

“Alhamdulillah. Sepanjang yang mak cik tengok, Cikgu Elman tu memang baik dengan mereka bertiga. Selalu tolong Hafiya kat sawah tu. Rumah ni pun dia jugak yang tolong baiki. Upah orang kampung baiki mana yang rosak.” Panjang lebar penerangan yang diberikan. Arif hanya mengangguk kepala. Dia tersenyum lega. Nampaknya keputusannya melepaskan Hafiya memang satu tindakan yang betul. Tetapi timbul rasa bersalah sebab terpaksa menyusahkan Hafiya menjaga anak-anaknya. Setelah berpisah, dia tidak pernah menjenguk anak-anaknya. Isterinya masih belum mahu berhenti bekerja. Keadaan rumah yang sunyi membuatkan hatinya tergerak hendak menjenguk anak-anaknya.

“Kalau macam tu, terima kasih ye mak cik. Boleh tak tolong berikan nombor telefon saya pada Hafiya. Kalau dia sampai kelak, tolong hubungi saya. Saya nak jumpa anak-anak saya. Tolong ye mak cik.” Mak Cik Senah angguk kepala dan mengambil kad yang dihulurkan.

*********************

“Mama masak apa tu? Boleh Fiya tolong?” Hafiya bertanya sopan. Pn.Mariam angguk kepala.

“Tolong masak ketam tu. Elman suka ketam masak merah.” Hafiya garu kepala. Dia tidak pandai memasak makanan yang melibatkan ketam.

“Mama, sebenarnya Fiya tak pandai masak ketam. Fiya tak pernah masak pun ketam ni kat rumah,” Pn.Mariam kerutkan dahi. Beberapa saat kemudian dia tersenyum. Nampaknya Hafiya seorang perempuan yang baik. Langsung tidak menyembunyikan kelemahannya.

“Takpelah. Biar mama sendiri yang buat. Fiya boleh tolong potong sayur ye.” Pn.Mariam menunjuk sayur kacang panjang yang berada di atas meja.

“Kalau Fiya nak masak ketam ni, mama boleh tolong ajarkan tak? Bolehlah Fiya belajar.” Hafiya bertanya sambil membawa ketam tersebut ke sinki untuk dicuci.

“Ye tak ye jugak. Kalau tak belajar macamana nak pandai. Sebelum tu, Fiya cuci dulu ketam tu. Pandai cuci ketam tu tak?” Hafiya tersengih dan menggeleng kepala.

“Macam ni. Tanggalkan dulu cengkerangnya. Lepas tu cuci bahagian ni,” Hafiya memerhati dengan tekun sekali. Memandangkan dia seorang yang cepat belajar, jadi tidak menjadi masalah untuknya mengingati langkah-langkah yang diajar.

“Bila dah bersih. Bolehlah dimasak. Fiya pernah memasak udang masak merah?” Fiya angguk kepala.

“Kalau macam tu senang sikit. Bahan-bahannya sama je. Caranya pun sama.” Pn.Mariam memerhati Hafiya menyediakan bahan-bahan untuk memasak ketam tersebut. Pn.Mariam tersenyum.

“Masaklah macam biasa.” Hafiya tersenyum bila dapat belajar masakan baru dari ibu mertuanya.

“Nanti kalau mama ada resepi masakan yang sedap-sedap boleh tak ajarkan Fiya?” Hafiya bertanya perlahan.

“Boleh. Nanti mama bagi resepi masakan kegemaran Elman.” Hafiya tersenyum puas. Mereka memasak sambil bercerita tentang pelbagai perkara.

*********************

“Hubungan El dengan Fiya tu macamana? Dah okey?” En.Ezhan bertanya pada anaknya. Elman pandang wajah ayahnya sekilas. Kemudian dia menyandar tubuhnya ke kerusi. Mereka sedang menikmati minum petang di halaman rumah.

“Okey yang macamana maksud papa?” En.Ezhan angkat kening.

“La...okey. yelah, okey ke tidak budak tu. Kamu dapat terima dia tak?” Elman mengeluh.

“Entahlah papa. Setakat ni, El belum ada perasaan kat dia. pendek kata El belum dapat terima dia.” En.Ezhan geleng kepala.

“Kenapa pulak? Papa tengok Fiya tu baik. Berbudi bahasa, tutur kata pun lembut. Cantik pulak tu. Takkan tak tergugat iman El?” Elman tersengih mendengar kata-kata dari mulut ayahnya. Siapa yang tidak tergugat dengan kecantikan Hafiya? Malah semasa di kampung ramai yang memuji kecantikan isterinya itu. Ramai lelaki di kampung Hafiya tidak puas hati dengan Elman kerana dapat memperisterikan janda cantik itu. Semua mengatakan dirinya memakai ubat guna-guna untuk memikat Hafiya. Malah ada yang mengatakan dia sengaja memerangkap Hafiya sehingga mereka terpaksa berkahwin.

“Papa, bukan kecantikan yang El pandang. El mahukan seorang perempuan yang El dapat terima dan cinta. Yang mampu membuatkan dada El berdegup kencang. Bersama Fiya, El tak rasa pun perasaan tersebut,” Elman bersuara yakin sambil menyandar di kerusi. Pandangannya menghala ke halaman rumah yang semakin berseri dengan bunga berbagai jenis di taman ibunya.

“Ye? Tapi papa rasa El tak bagi peluang untuk diri El kenal Fiya. El tak cuba untuk menyemai perasaan tersebut,” Elman pandang wajah papanya. En.Ezhan tersenyum.

“El, kadangkala perasaan cinta itu perlu dipupuk. Tak semua cinta itu hadir dengan sendirinya. Kadangkala, bila kita kehilangan barulah kita menyedari bahawa orang yang berada dekat dengan kita itulah wanita yang kita cinta.” Elman mendiamkan diri. memang dia tidak pernah memikir perhubungannya dengan Hafiya. Hatinya sudah di asuh supaya tidak mudah untuk jatuh cinta. Bimbang terluka sebelum mengecap bahagia.

“Entahlah papa. Kalau jodoh panjang, kami akan terus bersama. Fiya sendiri ada kehidupannya. El kena tanya pendapat dia jugak.” En.Ezhan angguk kepala.

“Ingatlah. Mereka tu sudah menjadi amanah El. Kalau betul El tak dapat terima Fiya, papa sarankan El lepaskan dia. demi kebaikan kamu berdua. Biar teruskan hidup tanpa ikatan. Tentu sukar untuk dia melakukan kerja hariannya bila menjadi isteri orang. Pergi ke mana-mana kena minta izin suami. Kena jaga maruah suami.” Elman tersentak. dia tidak pernah berfikir sejauh itu. Semenjak tinggal bersama Hafiya, tidak terlintas difikirannya untuk meninggalkan Hafiya.

“Bagi El masa. El tak pernah berfikir sejauh itu,” Elman bersuara perlahan.

“Yelah. Nurina panggil kamu dengan panggilan apa?” Elman tersenyum.

“Dia panggil El cikgu. El dan Fiya tak pernah bagitahu dia status kami. Tapi, Alif tu, dia panggil El papa. Seronok betul bila ada orang panggil papa,” Elman tersenyum lebar. Kenangan beberapa minggu lepas terlayar diruang mindanya.

“Papa....papa..” Elman dan Hafiya berpaling ke belakang. Alif sedang memandang wajah Elman sambil tangannya diangkat. Hafiya dan Elman saling berpandangan.

“Alif panggil siapa?” Hafiya duduk di hadapan Alif. Wajahnya pucat. Terkejut bila mendengar suara halus itu memanggil papa. Alif menghampiri Elman dan memeluk kaki Elman.

“Ni bukan papa. Panggil cikgu,” Hafiya menarik semula tubuh Alif. Namun anak kecil itu semakin erat memeluk kaki Elman. Sementara itu, Elman masih kaku. Terasa seperti hatinya disiram dengan sebaldi air sejuk. Biarpun rasa sejuk, namun tetap mendamaikan. Perlahan wajah mulus Alif disentuh. Pertama kali mendengar kanak-kanak kecil memanggilnya Papa membuatkan Elman kaku. Perasaannya saat itu sukar untuk digambarkan.

“Mari. Papa dukung ye,” Giliran Hafiya pula yang tergamam. Wajah berseri Elman ditatap dalam. Dia keliru. Sukakah Elman dengan panggil tersebut?

“Awak....” Kata-katanya terhenti bila melihat Alif begitu erat memeluk leher Elman. Elman pula terus berlalu membawa Alif kebiliknya.

“Alif nak makan apa? Nanti papa tolong suapkan,” Hafiya tepuk dahi sendiri. Elman hanya tersenyum melihat wajah kelat isterinya.

“Ni kenapa tersenyum sorang diri. El dengar tak apa yang papa cakap tadi?” Elman terpinga-pinga bila disergah oleh papanya.

“Err...papa cakap apa?” En.Ezhan geleng kepala.

“Fiya bagaimana? Dia suka dengar Alif panggil kamu dengan panggil papa tu?” Elman tersenyum.

“Dia macam tak suka je. Agaknya, dia rasa saya ni tak layak jadi papa Alif,” En.Ezhan angguk kepala. mungkin benar apa yang Elman fikirkan. Hafiya terlalu berdikari. Semua perkara dilakukan sendiri. Namun jauh disudut hati, En.Ezhan merasakan Hafiya takut untuk membina harapan bersama Elman. Mungkin kerana perkahwinan mereka yang jelas dan nyata bukan kerana cinta. Lama wajah Elman direnung.

“El, kalau suatu hari Fiya tu minta perpisahan? Apa yang El nak buat?” Elman tersentak. Wajah papanya direnung. Sukar untuk mentafsirkan kata-kata tersebut.

“Apa maksud papa?” Elman tidak senang duduk.

“Yelah. kalau bekas suami dia nak dapatkan hak penjagaan anak-anaknya? Fiya mungkin tak sanggup nak berpisah dengan anak-anaknya.” Lama Elman mendiamkan diri. Mencerna ayat yang keluar dari mulut papanya.

“Papa hanya nak ingatkan El. Lagipun, Fiya mungkin berfikir, El tak suka padanya. Buat apa dia hendak menghabiskan masa bersama El? Betulkan?” Elman picit dahi. Tiba-tiba kepala terasa pening.

“Papa, El masuk dulu. Kepala El pening,” Elman berdiri dan sedia untuk berlalu ke dalam rumah.

“El fikirlah masak-masak. Kalau El tak sayangkan dia, lebih baik El pilih jalan terbaik untuk kebahagiaan kamu berdua,” Elman pandang wajah papanya. Lama sekali. Kenapa papanya beria-ia mahukan mereka berpisah. Adakah papanya tidak suka dia dan Hafiya menjadi pasangan suami-isteri? Tetapi bukankah papanya juga yang memaksa dia mengenali Hafiya dan menyuruh dia mendekati Hafiya? Bingung Elman memikirkan apa yang papanya mahu.

Ketika menaiki tangga untuk ke bilik, Elman mendengar suara Hafiya dan mamanya berbual-bual di dapur. Suara Hafiya yang kedengaran riang itu membuatkan dada Elman sedikit berkocak.

*****************************

Jangan kau pergi 7

“Mengantuknya.” Elman toleh ke belakang. Wajah Alif yang lena membuatkan Elman tersenyum. Alif hendak tidur dengannya. Dari petang lagi dia menyatakan niatnya untuk tidur dengan Elman. Agaknya anak kecil itu rindukan belaian seorang ayah. Lama wajah itu direnungnya. Terbayang wajah Hafiya yang lembut. Tanpa sedar Elman tersenyum dan menggeleng kepala. Tiba-tiba fikirannya terbayang wajah kelat Hafiya ketika dia mengatakan Alif akan tidur dengannya. Mungkin Hafiya tidak sanggup berjauhan dari Alif.

“Nanti, kalau dia bangun tengah malam. Minta susu, awak larat ke nak bangun bancuh air untuk dia?” Hafiya bersuara tegas.

“Apa susahnya. Saya pun kadangkala selalu terjaga waktu malam. Setakat buat air untuk Alif tu, takde masalahlah. Lainlah kalau buatkan air untuk awak,” Hafiya berdengus geram. Dia pula yang terkena.

“Semua perkara awak kata takde masalah. Tapi, bila dah jadi, saya jugak yang awak cari.” Elman angkat kening. Malas hendak melayan Hafiya yang masih tidak mempercayainya.

Tangisan kecil Alif menyedarkan Elman dari lamunan. Perlahan punggung Alif dipukul. Sambil mulutnya mengalunkan lagu yang dia sendiri tidak faham liriknya. Beberapa minit kemudian Alif kembali nyenyak. Elman tersenyum bangga.

“Takdelah susah sangat nak tidurkan budak ni. Fiya memang tak nak aku rapat dengan anak dia.” Elman bersandar di katil. Semenjak kebelakangan ini, hatinya sering bermain irama yang dia sendiri tidak tahu rentaknya. Apa yang pasti dalam diam, dia senang bersama Hafiya. Melihat Alif dan Nurina yang begitu menyayangi ibu mereka membuatkan Elman merasa cemburu.

“Kenapa mereka berpisah ye? Kenapalah aku tak tanya masa mula-mula kahwin dulu, kalau tanya sekarang, rasanya tentu dia tak nak jawab.” Elman garu kepala.

**************************

“Jemputlah masuk Fiya. Alif, mari dekat nenek,” Alif yang malu-malu kucing itu menghampiri Pn.Mariam. hafiya tersenyum melihat anaknya menghampiri mama Elman.

“Terima kasih mak cik. Buat susah-susah.” Pn.Mariam pandang wajah Hafiya. Hafiya hairan.

“La, kenapa panggil mak cik lagi. panggil mama mulai sekarang. Fiya kan menantu mama,” Hafiya tunduk memandang kaki. Malu sendiri.

“Maaf. Belum biasa, ma...mama.” Pn.Mariam tersenyum.

“Kan sedap bunyinya. Mari masuk. Barang-barang tu, biar Elman yang bawa,” Hafiya berpaling ke arah Elman yang bercekak pinggang melihat Hafiya berlalu bersama mamanya. Hafiya tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih bersih itu.

“Mama, banyak barang ni. Mana larat El nak bawak semua,” Elman membentak. Pn.Mariam berpaling.

“La, mama bukan suruh El bawa semua tu sekaligus. Bawak la sikit-sikit. El tu bukannya Hulk.” Hafiya tersenyum lagi.

“Takpe mama. Biar Fiya tolong dia. Kasihan pulak kat anak mama tu. Nanti dia cakap Fiya dera dia pulak,” Hafiya menghampiri Elman. Elman pandang Hafiya dengan riak wajah tak puas hati. Pn.Mariam geleng kepala dan berlalu sambil memimpin tangan Nurina dan Alif.

“Kalau saya sakit tangan, awak kena urut tangan saya ni.” Hafiya menjeling sekilas wajah mengada Elman itu.

“Angkat barang sikit tu pun nak merungut. Anak mak,” Hafiya terus berlalu setelah mencapai beg pakaiannya dan anak-anak. Elman hanya mampu memandang langkah isterinya yang semakin hilang dari pandangan. Akhirnya Elman geleng kepala. Tersenyum. Timbul rasa senang bila mendengar Hafiya mengejeknya. Kalau beberapa bulan lepas, dia selalu hendak marahkan Hafiya, kini, segala kata-kata yang keluar dari bibir comel mampu membuatkan dirinya terleka. Elman geleng kepala sekali lagi.

**********************

“Fiya buatlah macam rumah sendiri ye. Mama nak ke dapur.” Hafiya angguk kepala. dia masih tercegat di ruang tamu. Tidak tahu hendak ke mana. Alif dan Nurina sudah dibawa oleh En.Ezhan ke bilik mereka.

“Kenapa tercegat kat sini?” Elman yang datang dari luar bertanya pelik. Hafiya merenung wajah tampan itu.

“Kat mana nak simpan beg ni?” Hafiya bertanya sambil mengangkat beg pakaiannya. Elman garu kepala. Dia terlupa sesuatu.

“Mari.” Hafiya mengekori langkah Elman menaiki tangga ke tingkat atas.

“Letak kat bilik ni,” Elman dan Hafiya sama-sama melangkah masuk ke dalam bilik yang besar itu. Hafiya tergamam. Kagum dengan hiasan bilik yang begitu menenangkan. Memenuhi citarasanya. Katil bertilam empuk itu menjadi sasarannya. Perlahan dia menyentuh cadar tilam yang lembut itu, kemudian Hafiya dengan selamba duduk.

“Selesanya. Bilik siapa ni?” Hafiya merenung sekeliling bilik. Elman pula memerhati Hafiya yang jelas seronok berada di bilik besar itu.

“Tak sangka awak ni kaya jugak ye?” Hafiya masih tersenyum panjang tanpa menyedari Elman sedang memerhati perlakuannya.

“Awak...bi..” Hafiya tergamam bila menyedari Elman sedang memerhati dirinya. Pantas Hafiya membetulkan pakaiannya. Bimbang ada yang mendedahkan auratnya. Bila melihat wajah serius Elman membuatkan Hafiya gelabah. Pantas matanya menghala ke pintu. Menyedari Elman turut sama memandang ke arah pintu, Hafiya cepat-cepat berlari ke pintu. Namun langkahnya terhalang bila merasakan pinggangnya dirangkul kemas dari belakang.

“Arhhh..” Hafiya menjerit namun sempat dihalang oleh Elman.

“Syuuitt...” Hafiya tutup mulut. Perlahan dia mendongak memandang wajah Elman. Elman tersenyum. Hafiya kerutkan dahi.

“Lepaslah. Awak ni kenapa?” Soalnya gugup. Berdua dengan lelaki itu mengundang satu perasaan tidak enak. Wajahnya terasa membahang. Namun tangan Elman masih setia memeluk pinggangnya.

“Ni bilik kita. Awakkan isteri saya. Suka hati saya la nak peluk awak.” Elman bersuara perlahan. Berdebar dada Hafiya mendengar suara Elman yang romantik itu. Terasa lemah kakinya. Tidak pernah sekalipun dalam hidupnya berada begitu dekat dengan lelaki.

“Err....awak...saya...” Hafiya berusaha melepaskan diri dari pelukan lelaki itu.

“Kenapa ni? Awak mesti tahukan apa yang pasangan suami isteri buat bila berdua? Awakkan dah pernah kahwin?” Elman usap bahu Hafiya. Hafiya hampir pengsan bila terasa nafas hangat Elman menghembus lehernya. Elman tersentak bila merasakan Hafiya jampir terjatuh.

“Err...awak...awak tak apa-apa?” Elman gelabah bila melihat peluh memercik didahi Hafiya. Wajah isterinya itu juga pucat. Perlahan tubuh kecil itu di dukung dan dibaringkan di atas katil. Elman berlari ke bilik air.

“Apasal pulak aku ke bilik air. Ya Allah. Air suam,” Elman pukul dahi sendiri. Pantas kaki melangkah ke pintu bilik. Pn.Mariam hairan bila melihat anaknya berlari menuruni tangga.

“Kenapa El?” Elman hanya memandang wajah ibunya tanpa sebarang jawapan. Setelah mengisi air suam ke dalam gelas, Elman terus berlari semula ke bilik. Hafiya masih seperti mula-mula ditinggalkan.

“Awak...Minum air ni,” Elman membantu Hafiya minum. Tubuh Hafiya disandarkan ke badannya. Perlahan Hafiya meneguk air tersebut. beberapa minit kemudian wajahnya kembali normal. Hafiya terpinga-pinga. Wajah bersalah Elman di pandang.

“Err....Awak. maafkan saya. saya belum bersedia untuk jadi isteri awak,” Ucapnya perlahan sambil kepala ditundukkan.

“Takkan sampai pengsan?” Elman bertanya perlahan. Sebenarnya dia rasa bersalah. Niat hendak mengusik Hafiya menyebabkan isterinya hampir pengsan.

“Saya...tak pernah ada lelaki yang begitu dekat dengan saya seperti itu,” Hafiya bersuara perlahan. Elman kerutkan dahi. Pelik.

“Habis tu, macamana boleh keluar mereka berdua tu?” Elman bertanya hairan. Hafiya tutup mulut. Tersedar yang dirinya telah menceritakan perkara yang tidak sepatutnya.

“Maksud saya...saya belum bersedia lagi,” Akhirnya itu saja alasan yang dia ada. Elman pandang wajah pucat Hafiya. Seperti wanita itu mempunyai rahsia.

“Pelik betullah awak ni. Saya gurau je tadi.” Hafiya pandang wajah Elman. Wajah selamba itu menimbulkan rasa sakit hati Hafiya.

“Awak usik saya?” Elman tersenyum. Kemudian dia tergelak.

“Jadi awak ingat saya betul-betullah nak buat perkara tu kat awak? Awak takut ye. Sebab tu awak hampir pengsan?” Hafiya gigit bibir. Lelaki dihadapannya terus tersenyum. Beberapa saat kemudian dia ketawa besar.

“Awak ni jahat,” Hafiya tolak tubuh Elman yang berada dekat dengannya.

“Takkan bekas suami awak tak pernah buat macamtu?” Elman geleng kepala. ‘Pelik betul. Anak dah dua tapi macam tak biasa kena peluk.’ Fikirnya. Hariya mendiamkan diri.

“Saya nak keluar. Lama-lama tinggal dalam bilik ni boleh gila dibuatnya.” Hafiya turun dari katil. Namun langkahnya terhenti. Wajah Elman dipandang.

“Errr....Ni bilik awak?” Elman hanya angguk kepala sambil bersandar di katil. Wajah Hafiya kembali pucat.

“Jadi kita kena tidur sebilik?” Elman angguk kepala lagi.

“Boleh tak saya tidur dengan Alif dan Ina?” Hafiya bertanya dengan riak wajah cemas. Tergelak Elman melihat wajah takut isterinya. Dia geleng kepala.

“Tak boleh. Suami isteri dalam rumah ni kena tidur sebilik dan sekatil. Kalau boleh sebantal,” Kata-kata tersebut hampir membuatkan Hafiya pengsan terus. Mujur juga dia sempat berpaut pada meja kerja di dalam bilik tersebut. Setelah agak tenang, Hafiya terus berlalu ke pintu. Panggilan Elman langsung tidak dihirau. Apa yang dia inginkan adalah keluar dari bilik tersebut. Mana mungkin dia tidur sebilik dengan lelaki itu. Semasa menjadi isteri Arif dia tidak pernah tidur sebilik dengan bekas suaminya itu. Adakah Elman benar-benar maksudkannya? Hafiya geleng kepala.
*********************************

Jangan kau pergi 6

“Awak tunggulah saya.” Elman mengejar Hafiya yang sudah jauh ke hadapan. Hafiya menoleh ke belakang. Elman terkial-kial meniti batas sawah. Hafiya tersenyum melihat suaminya yang jelas tidak biasa meniti batas. Silap hari bulan boleh jatuh. Nurina sudah jauh ke hadapan. Pagi tadi ketika Hafiya menyatakan dia hendak ke sawah, Elman menawarkan diri untuk menghantar. Sangka Elman akan terus balik, namun sebaliknya lelaki itu turut sama hendak ke sawah.
Katanya dia teringin nak tengok sawah padi.

“Huh...Susah jugak ye. Kalau tak berhati-hati tentu jatuh ni,” Elman geleng kepala. Ini kali pertama dia ke sawah. Selama 27 tahun dia hidup di bandar sebab itu dia tidak ada pengalaman menjejakkan kaki ke sawah. Hafiya tersenyum.

“Nah.” Hafiya menghulur kayu untuk di jadikan tongkat. Elman menyambutnya dengan senang hati. Hafiya sedikit pun tidak kekok berjalan di atas batas yang kecil dan licin itu. Malah dia juga mendukung Alif. ‘Sungguh cekal wanita itu.’ Bisiknya dalam hati.

Mereka sampai di sebuah pondok kecil yang tidak berdinding. Elman duduk melepas lelah.

“Siapa yang buat pondok ni?” Elman bertanya sambil memandang sekeliling. Permandangan sawah yang luas itu begitu menenangkan. Elman menghirup udara segar. Hafiya sudah bersedia hendak melangkah ke dalam sawah berpaling memandang wajah selamba Elman.

“Saya minta tolong mereka di kampung tu. Bagi upah kat mereka.” Elman angguk kepala. Dia hairan melihat Hafiya berjalan perlahan di dalam sawah yang digenangi air sehingga paras betis.

“Err...Awak, tak ada lintah ke?” Hafiya memandang wajah Elman. Wajahnya merona merah. Hafiya sebenarnya sangat takut pad lintah, namun bila mengingatkan masa depan dia dan anak-anak, Hafiya memberanikan diri. Kini Elman sudah menyebutnya. Perasaan takut itu sedikit mengganggu emosinya.

“Jangan sebut nama binatang tu. Nanti kalau saya terfikir tentang binatang tu, alamatnya tak jadi kerja lah saya dibuatnya.” Elman tersenyum. ‘Penakut jugak. Ingatkan tak,’ Elman terus tersenyum. Perlahan dia juga mengikut jejak langkah Hafiya. Alif dan Nurina sedang leka bermain di pondok. Mereka berdua diberi oleh Elman sebuah buku lukisan untuk mereka berdua melukis.

“Nak buat apa kat dalam ni?” Elman bertanya bodoh. Hafiya dilihatnya sedang membongkok. Sambil ditangannya terdapat sebilah parang.

“Potong rumput lah? Takkan nak tangkap ikan pulak?” Hafiya kerutkan dahi. Elman ternganga.

“Owh!!!!.” Elman tunduk memotong rumput. Hampir 5 minit Elman dan Hafiya memotong rumput tanpa suara. Hafiya tersenyum bila mendengar suara Elman yang mengeluh.

“Besar sawah ni, larat ke nak potong rumput semua ni?” Elman berdiri tegak meregang pinggang yang terasa sakit. Baru 5 minit tunduk dan merungut. Hafiya berpaling memandang wajah Elman yang sudah berubah merah.

“Awak!!!!!!!!!!” Hafiya menjerit kuat sambil jarinya menunding ke tanah. Elman terpinga-pinga.

“Apa?” Soalnya pelik. Rumput di tangan di lontar ke tanah. Hafiya bercekak pinggang.

“Habislah anak padi saya tu.” Elman memandang wajah merah Hafiya. Menahan marah.

“Apa pulak?” Elman masih tidak faham. Hafiya gigit bibir menahan rasa marah. Namun beberapa saat kemudian dia tersenyum tetapi segera wajahnya dipalingkan ke arah lain. Elman masih tidak tahu mengapa Hafiya menjerit sebentar tadi. Kemudian dia memandang sekeliling tempat dia berdiri. Kemudian dia memandang pula ke tempat Hafiya.

“La...kenapa tak potong rumput tu?” Jarinya menunding ka kawasan Hafiya sedang berdiri. Hafiya merenung geram wajah suaminya.

“Lebih baik awak berdiri kat tepi je. Awak tahu tak bezakan padi dengan rumput?” Hafiya bertanya geram. Elman garu kepala.

“Kenapa? Mana satu padi mana satu rumput?” Elman bertanya gelabah. Hafiya mengeluh.

“Yang kecil-kecil ni rumput. Yang batangnya banyak dan sihat ni padi. Penat tau saya tanam padi ni,” Hafiya geleng kepala. Nasib baik kawasan yang dirumput oleh Elman itu tidak besar. Jika tidak jenuhlah dia menanam semula dikawasan tersebut.

“La...kenapa tak bagi tahu awal? Habis tu, macamana ni?” Hafiya geleng kepala.

“Ingatkan awak tahu.” Hafiya menghampiri Elman dan pada masa yang sama, Hafiya tidak dapat mengimbang badannya lalu terjatuh dan memeluk tubuh Elman. Elman yang tidak bersedia terus terduduk. Hafiya tersentak. Keadaan mereka yang terlalu hampir itu membuatkan masing-masing terdiam. Mata bertentang mata mengundang debar di dada masing-masing. Beberapa saat kemudian, Hafiya menolak tubuh Elman dan membuatkan Elman terbaring di atas tanah.

“Fiya!!!!!!!!!” Elman menjerit. Hafiya tersentak kemudian dia ketawa besar. Habis kotor baju lelaki tersebut. Elman merenung tajam wajah Hafiya yang tertawa besar. Beberapa saat kemudian tawa itu semakin perlahan dan terus hilang. Hafiya tutup mulut dengan tangannya. Debaran di dada semakin terasa. Namun hanya seketika bila katawanya terlepas lagi. Elman geleng kepala. Hafiya mengelak bila jari Elman mendarat dihidungnya. Hafiya muncung mulut bila tidak berjaya mengelak.

“Padan muka,” Elman ketawa besar. Hafiya muncung mulutnya.

“Dah. Pergi sana. Bersihkan diri kat sana tu.” Hafiya menghalau Elman ke tepi. Elman berjalan perlahan. Bau lumpur membuatkan Elman terasa hendak muntah. Hafiya geleng kepala. Dan dia meneruskan kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Sementara itu, Elman menjemur baju yang dipakainya dan mengambil keputusan untuk mengajar Alif dan Nurina.
Setelah hampir pukul 11.30 pagi, mereka berempat pun balik.

“Ada apa yang saya boleh tolong?” Elman bertanya perlahan sambil menjenguk ke dapur. Hafiya sedang menyiang ikan.

“Takpe. Dah nak siap pun. Awak berehatlah kat luar sana. Tentu awak penatkan?” Hafiya berkata tenang. Elman menghampiri sinki. Perlahan tangannya mencuci pinggan mangkuk yang terdapat di dalam sinki tersebut.

“Ikan ni nak masak apa?” Hafiya bertanya sambil menoleh ke arah Elman yang sedang leka mencuci pinggan mangkuk.

“Saya tak kisah.” Elman menjawab perlahan. Hafiya angguk kepala. Kemudian dia mendiamkan diri. Memikirkan masakan apa yang sesuai dengan ikan sembilang itu.

“Kalau saya masak ikan ni di campur dengan buah mempelam, okey tak?” Elman garu kepala yang tidak gatal. Dia hairan. Bukankah buah mempelam itu biasanya dibuat sambal atau kerabu. Tidak pernah dia mendengar buah mempelam dicampurkan dengan mana-mana jenis ikan.

“Boleh ke? Tak pernah dengar pun,” Elman kerutkan dahi. Hafiya tersenyum. Sudah dijangka reaksi itu yang dia akan lihat.

“Ye. Boleh. Buah ni mengantikan asam gelugur atau asam jawa. Sedap.” Hafiya bersungguh-sungguh meyakinkan Elman.

“Ye ke? Okey. Kalau tak sedap, saya nak awak buatkan bekal untuk saya setiap hari,” Hafiya mencebik.

“Hari-hari saya memang buat bekal untuk awak. Pelupa betul,” Hafiya muncung bibirnya.

“Eh...ye ke? Terlupa pulak. Kalau macam tu, kalau sedap, saya akan cuci pinggan mangkuk setiap hari. Okey tak?” Hafiya tersenyum sambil menjungkit bahu.

“Suka hati awak. Tapi jangan merungut kalau terpaksa cuci pinggan tu semua,” Elman angkat kening. Sekadar mencuci pinggan mangkuk kotor tidak menjadi masalah padanya.

*********************

“Cuci semua ye. Tu kuali kat atas dapur jangan lupa cuci ye,” Hafiya menggulum senyum bila melihat Elman bertungkus lumus mencuci pinggan mangkuk kotor. Ketika makan tadi Elman telah mengakui masakan tersebut memang sedap walaupun puas dia cuba menidakkan kesedapan masakan tersebut. Hafiya teringat perbualan mereka ketika makan tadi.

“Macamana? Sedap tak?” Elman masih mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi dan menceduk lauk ikan sembilang masak buah mempelam tersebut. Hafiya geleng kepala melihat Elman langsung tidak mengendahkan mereka bertiga. Setelah kekenyangan dan lauk tersebut hampir habis dilahap barulah dia menjawab.

“Betul-betul sedap. Petang nanti buat lagi ye?” Elman tersenyum puas. Sambal buah mempelam yang Hafiya hidangkan juga hampir habis. Memang menyelerakan. Dia tersandar kekenyangan.

“Kalau hari-hari macam ni, alamatnya samakin berisilah saya ni,” Hafiya tergelak.

“Janji mesti ditunaikan,” Hafiya angkat kening. Elman garu kepala.

“Janji?” Soalnya pelik. Beberapa saat kemudian dia tersenyum.

“Okey. Takde masalah.” Hafiya tersengih.

“Awak dah sampai ke mana?” Hafiya tersentak bila disergah oleh Elman. Hafiya kerutkan kening.

“Dah habis mencuci?” Soalnya pula tanpa menjawab soalan Elman. Elman angguk kepala. perlahan Hafiya menghampiri sinki dan menjenguk ke rak pinggan dan mangkuk. Disentuhnya tapak satu persatu dan kemudian dia angguk kepala.

“Okey. Bersih. Tak perlulah saya cuci lagi,” Ucapnya tanpa memandang wajah Elman. Elman bercekak pinggang.

“Owhhh....awak check kerja saya ye? Jangan pandang rendah kat saya. Kalau setakat cuci pinggan mangkuk tu, kacang je. Kereta kat luar tu pun saya mampu cuci, ini kan pula barang kat dapur ni,” Hafiya mencebik dan berlalu dengan senyuman terukir dibibirnya.

***************************

Saturday 14 January 2012

To someone special who i like:)

I don't know how long is it
That i have to resist everything
hide all of the truth in my heart
everytime we met everytime you turn to me
that i pretend to be still do you know how much i have to force myself?
can you heard my heart?
My HEART is telling you i love u
But i cannot reveal my true feeling to anyone
can you heard that?
my heart is waiting there for you to open
can only hope you will know it
some day....
though i love you ...though i feel it
but deep inside isn't brave enough  :) 

Jangan kau pergi 5

“Awak, errr....Awak tak keluar ke hari ni?” Hafiya bertanya perlahan. Dalam hati berdebar-debar rasanya. Hafiya tidak tahu mengapa perlu rasa berdebar-debar bila berbicara dengan lelaki ini? Sedangkan ketika dia masih menjadi isteri Arif, tidak sedikit pun rasa pelik itu muncul.
“Kenapa tanya?” Pertanyaannya dibalas dengan pertanyaan juga. ‘Ini yang malas nak bercakap dengan orang tua ni. Errr...berapa umur dia ye?’ Hafiya sempat mengutuk Elman. Dalam masa yang sama dia garu kepala. Elman memandang hairan ke wajah Hafiya yang tiba-tiba kelihatan bingung.
“Apa yang awak fikirkan tu? Sampai berkedut dahi tu?” Tegurnya selamba. Hafiya buat muka pelik.
“Takde apa-apa.” Jawabnya cepat dan terus berlalu. Hafiya berpaling bila mendengar suara Elman ketawa. Lama wajah tampan itu di renung. ‘Dia ketawakan aku ke?’ Soalnya pada diri sendiri. Wajah Elman yang masih tersenyum itu menarik minatnya untuk terus memerhati lelaki itu. Jari jemari lelaki itu begitu laju sekali menaip. ‘Apa dia buat tu? Barangkali chat dengan kawan-kawan dia,’ Hafiya berlalu ke dapur. Sudah genap 2 bulan mereka tinggal bersama. Setakat ini, masing-masing tidak mengendahkan status mereka.
Hafiya termenung. ‘Bagaimana dengan hubungan ini pulak. Adakah seperti hubungan aku dengan Abang Arif?’ Bisiknya perlahan. Hafiya terus termenung.
“Aku perlu buat sesuatu.” Bisiknya perlahan. Hafiya mengeluh lagi. Fikirannya berserabut.
***************************
Seperti biasa Hafiya bangun pagi menyediakan kuih muih yang hendak di hantar ke kedai. Dia melakukan tugasnya dengan tekun sekali tanpa menyedari dirinya diperhatikan. Elman geleng kepala melihat Hafiya leka melakukan kerjanya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
“Assalammualaikum.” Hafiya tersentak dan pantas menoleh ke belakang. Wajah lesu Elman menyapa matanya.
“Errr...awak dah bangun?” Elman angguk kepala dan duduk agak jauh di belakang Hafiya.
“Awak tak takut berjalan sorang diri setiap pagi ke kedai tu?” Hafiya angkat muka memandang wajah Elman dengan riak pelik.
“Kenapa pulak nak takut? ” Soalnya pula. Elman garu kepala yang tidak gatal.
“Yelah. awak tu perempuan. Tak takut ke, kalau ada orang berniat jahat kat awak,” Elman bersuara perlahan. Hafiya terdiam seketika.
“Memanglah kampung ni, kampung awak. Awak kenal mereka, tetapi, kita tak tahu kalau ada yang berniat jahat kat awak.” Elman menasihati isterinya. Hafiya terdiam. Tidak terlintas difikirannya perkara tersebut. Timbul rasa takut bila mengingatkan kata-kata Elman itu. Memang dia dikenali. Tetapi, kita tak tahu hati budi orang lain, bagaimana kalau ada yang berniat jahat terhadapnya? Sudahlah diawal pagi keadaan jalan yang dia selalu guna itu memang sunyi.
“Selama ni tak pernah pulak ada perkara buruk berlaku kat kampung ni. Awak jangan risau lah.” Hafiya berkata yakin.
“Saya tak nak awak pergi seorang diri hantar kuih tu. Biar saya je yang hantar kuih tu ke kedai.” Elman berkata tegas. Hafiya kerutkan dahi. Aih???? Baiknya hati? Sampai nak tolong hantar kuih ni pulak. Tak lama lagi, semua kerja aku dia nak sapu. Apa masalah dia ni?. Hafiya bertanya pada diri sendiri.
“Tapi....saya tak nak menyusahkan awak,” Hafiya berkata perlahan. Elman berdiri tegak. Walaupun dia lahir di dalam golongan keluarga senang, namun dia tidak sedikit pun memandang rendah pada orang lain. Jadi tugasan menghantar kuih muih ke kedai, bukanlah susah sangat.
“Kenapa awak ni asyik nak membantah kata-kata saya?” Elman angkat kening menunggu Hafiya menjawab pertanyaannya. Hafiya garu kepala.
“Errr...Bukan nak melawan. Saya masih mampu buat semua kerja tu,” Elman menghampiri Hafiya yang sedang mengemas bakul berisi kontena kuih. Dengan selamba dia membawa bakul tersebut ke pintu.
“Err...Awak...tunggu dulu. Awak tahu kat mana saya hantar kuih tu?” Hafiya bertanya pelik sambil berdiri di hadapan pintu menghalang perjalanan Elman. Elman menatap wajah Hafiya yang sudah kemerahan menahan malu. Dalam hati Elman tergelak. Nampak macam berani, tapi penakut. Elman geleng kepala bila mengingatkan kedegilan Hafiya.
“Kalau awak tak tahu, macamana awak nak hantar kuih tu?” Hafiya bertanya perlahan. Dia salah faham dengan gelengkan Elman sebentar tadi. Walaupun perasaan malu menguasai diri, namun dia harus memberanikan diri. Bukan sebab dia tidak percayakan Elman, bimbang Elman tercari-cari kedai tempat dia menghantar kuih tersebut dan akan menyebabkan pelanggan tetap Kak Piah kehampaan.
“Saya tahu kedai tu. Setiap pagi saya singgah kat situ beli kuih awak ni. Jangan risaulah,” Hafiya garu kepala yang tidak gatal.
“Tapi tadi awak geleng kepala?” Hafiya bertanya hairan. Elman tersenyum. Tersentak Hafiya bila melihat senyuman yang terukir dibibir Elman. Kacak sungguh. Tergoda dia seketika. Namun cepat-cepat dia membuang rasa aneh itu.
“La...tadi tu saya geleng kepala sebab awak ni degil sangat,” Hafiya pandang wajah Elman yang selamba menuduh dia degil. Perlahan badannya ditolak ke tepi.
“Hantar kat kedai Kak Piah tu, kan?” Hafiya hanya mampu mengangguk kepala. Dalam hati dia mengutuk Elman. Elman pula dengan selamba meninggalkan Hafiya yang berwajah kelat. ‘Kalau hari-hari macam ni alamatnya aku goyang kaki je kat rumah ni,’ Hafiya geleng kepala. Semenjak ada Elman banyak kerja yang dahulu dia lakukan sendiri, kini sudah digalas oleh Elman. Sampai nak kupas buah kelapa pun Elman hendak berebut dengannya. Bila difikirkan Hafiya jadi takut. Bimbang dirinya menjadi terlalu bergantung harap pada Elman. Bagaimana sekiranya mereka berpisah kelak? Hafiya geleng kepala. Dia harus tegas. Tidak mahu terlalu mengikut kata-kata Elman.
Sedang leka termenung di meja makan, Hafiya tersentak bila seseorang menghentak meja.
“O...mak kau jatuh...” Hafiya melatah. Terdengar suara garau ketawa besar dibelakangnya. Hafiya mengurut dada bila melihat wajah nakal Elman yang masih tergelak.
“Awak ni..terkejut saya dibuatnya. Nasib baik saya takde penyakit jantung.” Hafiya berdengus marah. Elman masih ketawa. Lucu bila melihat aksi terkejut Hafiya sebentar tadi.
“Awak kutuk mama saya ye? Tak baik tau,” Hafiya muncung mulutnya. Beberapa saat kemudian dia menggigit bibir tanda geram bila Elman masih ketawa.
“Mana ada. Ni semua salah awak tau. Orang bagi salam dulu, baru masuk, ni tidak...yang awak pukul meja tu kenapa?” Hafiya bercekak pinggang. Elman terus ketawa. Semakin lucu bila Hafiya marah. Wajah yang putih itu bertukar warna. Tetapi tetap nampak comel.
“Saja. Kalau saya bagi salam pun bukannya awak dengar. Dari tadi saya tengok awak termenung. Apa yang awak fikirkan tu?” Elman duduk di hadapan Hafiya. Hafiya tersentak bila melihat senyuman manis lelaki itu. ‘Alamak. Kenapa ni? Perasaan apa pulak ni?’ Hafiya dapat merasakan jantungnya berdegup kencang. Tak pernah dia merasa perasaan seperti itu sepanjang hidupnya. Kenapa lelaki ini terlalu menduga hatinya. Hafiya kerutkan dahi.
“Malas nak bertekak dengan awak.” Hafiya beredar meninggalkan Elman yang masih tersenyum. Elman memerhati langkah kaki Hafiya. Dalam diam dia mula senang dengan wanita tersebut.

Jangan kau pergi 4

“Sedapnya bau nasi lemak,” Elman bersedia hendak membuka tudung saji. Sebelum tangannya sampai, dia menghentikan perbuatannya.

“Dia izinkan ke tidak aku makan nasi ni? Nanti tak pasal-pasal, mencuri jadinya,” Elman menelan air liur dan beredar menuju ke muka pintu. Dia memandang sekeliling ruang tamu. Setelah bercuti selama seminggu, hari tersebut merupakan hari pertama dia ke sekolah dari rumah Hafiya. Semalam dia datang lambat setelah mengemas barang yang perlu di bawa ke rumah Hafiya. Elman puas hati dengan kerja pertukangan penduduk kampung tersebut. Dalam masa yang singkat, rumah yang hampir roboh itu kembali tegak. Kos semuanya juga berpatutan.

“Awal jugak dia keluar. Ke mana dia pergi?” Elman bertanya pada diri sendiri. Setelah membetulkan tali kasut, dia terus mengunci pintu rumah. Dia tersenyum bila mengingatkan wajah kelat Hafiya ketika menyerahkan salinan kunci padanya malam semalam. Semalam juga merupakan kali pertama dia bermalam dirumah Hafiya.

“Kunci saya mana? Macamana saya nak masuk kalau kunci tak ada?” Elman bersuara tegas. Hafiya muncung mulutnya. Elman menyembunyikan gelaknya. Perangai Hafiya masih seperti remaja belasan tahun hingga membuatkan Elman tertanya-tanya, bagaimana dia mampu menyara 2 orang anak. ‘Kenapalah lelaki sanggup meninggalkan perempuan dan anaknya ini?’ Bisiknya dalam hati menyesali perbuatan lelaki-lelaki yang tidak tahu menghargai kaum perempuan. ‘Errr…mengata orang, aku sendiri pun macam tu jugak,’ Elman geleng kepala.

“Perlu ke? Saya balik awal. Lagi pun, saya tak pergi mana-mana lepas balik dari kebun,” Hafiya masih enggan menyerahkan kunci tersebut.

“Bagi je lah. Banyak cerita pulak,” Elman merampas segugus kunci dari tangan Hafiya.

“Mana satu kunci tu?” Elman membelek kunci yang berada ditangannya.

“Sini,” Hafiya menarik kunci dari tangan Elman, tetapi, dia hanya berjaya menarik tangan Elman. Hafiya tersentak. Dia tergamam. Elman juga begitu. Terasa terkena kejutan elektrik bila tangan mereka bersentuhan. Dengan pantas Hafiya menarik tangannya semula. Elman menyerahkan kunci tersebut. Membiarkan Hafiya memilih kunci pendua rumah mereka. Ingatanya berterbangan bila dia hampir terjatuh dari tangga kerana terlalu leka.

“Nasib baik tak jatuh. Agaknya dia ke kebun,” Elman tersenyum lagi dan meneruskan perjalanan ke sekolah yang tidak jauh dari rumah Hafiya.

*******************************

Hafiya membuka tudung saji. Dia mengeluh kecewa bila melihat nasi lemak yang ditinggalkan untuk Elman tidak terusik.

“Dia tak sudi nak makan masakan aku ke? Tapi, biasa dia okey je,” Hafiya termenung. Selepas sembahyang subuh, Hafiya menyediakan nasi lemak dan kuih muih untuk di hantar ke kedai. Kemudian dia terus menghantar Nurina ke sekolah dan kembali kerumahnya semula. Semasa dia keluar, Elman masih tidur. Tak tahu samaada lelaki tersebut sudah bangun solat subuh atau tidak.

“Tapi, aku lupa pulak nak pesan dia suruh makan nasi ni? Salah aku jugak, sebab tak bagi tahu dia. Tentulah dia segan hendak makan tanpa kebenaran,” Hafiya geleng kepala. Setelah mengemas rumah, Hafiya membersih halaman belakang rumahnya pula. Tanah di belakang tersebut sangat sesuai jika di tanam sayur-sayuran. Walaupun panas terik, Hafiya tetap tekun membuat batas untuk menanam sayur-sayuran. Sambil itu, dia juga sempat memasak untuk makan tengahari. Setelah penat, Hafiya duduk di tangga untuk menghilangkan lelah.

“Alamak. Dah lambat. Kasihan Nurina..” Hafiya berlari ke dalam rumah sambil membawa Alif.

“Alif tunggu ibu kat sini ye. Ibu nak mandi,” Hafiya mencapai kain tuala dan bergegas ke bilik mandi selepas mengunci pintu rumah.

Ketika Hafiya bergegas hendak ke sekolah, kelihatan Proton Waja memasuki perkarangan rumahnya. Hafiya tergamam. Beberapa minit kemudian, suara Nurina menyedarkan Hafiya dari lamunan.

“Ibu, kenapa ibu lambat? Sakit kaki Ina tunggu ibu kat sekolah,” Nurina mengadu pada ibunya. Hafiya gigit bibir sambil buat muka kasihan.

“Maaf. Ibu leka sangat kat belakang rumah tadi. Maaf ye?” Hafiya memujuk Nurina sambil tangannya memeluk Nurina.

“Yelah…yelah…Ina tak kisah. Lagipun, Cikgu dah tolong hantar. Ibu kena ucap terima kasih kat cikgu sebab tolong hantar Ina balik,” Petah sekali anak kecil itu berkata. Hafiya tersenyum kelat bila melihat Elman menanti ucapan terima kasih darinya. Perlahan Hafiya menghampiri Elman.

“Terima kasih sebab hantar Ina balik,” Hafiya bersuara tenang. Elman jungkit bahu.

“Perkara senang je. Lain kali, tak payah pergi jemput dia. Biar dia balik bersama saya,” Hafiya angkat muka merenung wajah Elman. Tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

“Takpe. Saya dah biasa. Saya tak nak menyusahkan awak,” Hafiya menolak. Elman geleng kepala dan berlalu meninggalkan Hafiya yang terpinga-pinga.

“Ina, mulai esok, Ina pergi dan balik sekolah bersama saya ye?” Nurina melonjak riang. Dia terlalu gembira.

“Dapatlah Ina bangun lambat sikit,” Nurina menjerit. Elman pandang wajah kanak-kanak tersebut. Mereka beriringan masuk ke dalam rumah.

“Apa maksud Ina tu? Dapat bangun lambat?” Elman bertanya pelik sambil merenung tajam wajah Hafiya yang sudah merona merah itu.

“Errr….setiap pagi, mereka berdua temankan saya pergi hantar kuih ke kedai. Lepas tu, baru saya hantar dia ke sekolah.” Hafiya menjawab gugup. Elman angguk kepala. ‘Rupanya dia menyara keluarga dengan menjual kuih,’ Bisiknya dalam hati.

“Kalau awak nak makan, saya tolong hidangkan.” Hafiya menanti dengan sabar jawapan dari mulut Elman.

“Kejap lagi. Saya belum sembahyang ni,” Hafiya angguk kepala.



***********************


“Awak…kenapa awak tak makan nasi lemak yang saya letak atas meja tu?” Hafiya bertanya perlahan. Elman yang sedang leka menonton TV menoleh seketika kea rah Hafiya.

“Takpe ke?” Soalnya perlahan. Hafiya tersenyum.

“Saya memang sengaja tinggalkan untuk awak.” Elman garu kepala yang tidak gatal.

“Ingatkan awak tak izinkan saya makan. sebab tu saya takut nak makan.” Hafiya geleng kepala. Elman pula tersenyum.

“Lain kali, tak perlu tunggu saya suruh makan. saya halalkan segala yang ada dirumah ni. Jangan risau,” Elman angguk kepala. Timbul rasa malu kerana bersangka buruk tentang Hafiya.

“Sebelum awak pergi hantar kuih muih tu ke kedai..boleh tak awak kejutkan saya. Pagi tadi saya terlajak tidur tau. Kenapa awak tak kejutkan saya?” Elman pandang wajah Hafiya yang merona merah itu.

“Err....saya ingat awak dah setkan alarm sebab tu saya tak kejutkan awak.” Hafiya garu kepala yang tidak gatal.
“Takpe lah. Lain kali kejutkan saya.” Hafiya angguk kepala. Entahlah kenapa sejak lelaki tersebut hadir dalam hidupnya, Hafiya sering mengalah dalam apa jua perkara yang mereka debatkan.

Friday 13 January 2012

Jangan kau pergi 3

Elman menunggu Hafiya di hadapan rumah kayu tersebut sambil bersandar ditepi kereta. Matanya liar memerhati sekeliling rumah yang bersih dan nampak kemas. Di tempat dia berteduh pula terdapat sepohon pokok mangga yang rendang. Di tepi rumah pula terdapat pokok rambutan. Elman merasa damai seketika bila melihat sekitar rumah yang nampak teratur itu. Kemudian matanya merenung sayu rumah papan yang sederhana itu. Nampak terlalu usang dan seperti sudah lama tidak dibaiki. Elman berpaling bila mendengar suara gelak ketawa seorang perempuan dan kanak-kanak. Hafiya tersentak. Mati langkahnya bila terpandang seorang lelaki sedang merenungnya. Nurina dan Alif hairan.
“Encik ni nak cari siapa?” Hafiya bertanya perlahan. Nurina tarik baju Hafiya. Hafiya pandang wajah lelaki tersebut yang jelas terkejut mendengar soalannya.
“Ibu, inikan cikgu kat sekolah Ina,” Nurina mendongak memandang wajah ibunya. Hafiya kerutkan kening sambil memandang wajah Nurina.
“Ina ada buat salah kat sekolah?” Hafiya bertanya sambil merenung wajah anaknya. Nurina geleng kepala.
“Saya nak jumpa awak sekejap,” Hafiya termanggu. ‘Apasal pulak cikgu ni nak jumpa aku ye,’ Dalam hati Hafiya bertanya.
“Ina, bawak adik naik ke atas. Ibu ada hal sekejap ye,” Nurina angguk kepala. Hafiya dan Elman duduk di bangku yang berada di bawah pokok mangga. Hafiya tersenyum pada lelaki tersebut.
“Cikgu, cikgu ni apa nama? Anak saya ada buat salah ke?” Hafiya bertanya ramah. Elman masih merenung wajah Hafiya sehingga membuatkan Hafiya rasa tidak selesa. ‘Kenapa cikgu ni asyik sangat tengok aku ni? Ada apa-apa yang tak kena dengan muka aku ke?’ Hafiya geleng kepala. Tangannya menyentuh pipi kemudian melihat baju yang dipakai.
“Awak tak ingat saya?” Elman bertanya pelik. Hafiya kerutkan dahi.
“Maksud awak?” Hafiya tidak faham.
“Betul awak tak ingat saya?” Elman berdiri tegak. Hafiya mendongak wajah lelaki tersebut yang tiba-tiba naik angin. Hafiya garu kepala.
“Saya tak kenal sangat guru-guru Nurina ni. Yang selalu saya jumpa, guru kelas dia je. Awak mengajar subjek apa?” Elman semakin bengang. Wajahnya merah menahan marah. Hafiya masih berwajah pelik sambil cuba mengingati wajah tersebut. ‘Rasa macam pernah jumpa, tapi kat mana ye?’ Hafiya garu kepala.
“Jadi awak lupa yang awak dah kahwin?” Hafiya tersentak. ‘Kahwin?’ Hafiya sekali lagi menggaru kepala.
“Kahwin?” Soalnya pada lelaki tersebut. Elman geleng kepala kemudian dia menarik nafas dan perlahan menghembusnya. Tiba-tiba Hafiya baru teringat sesuatu dan dia terus berdiri berhadapan dengan Elman.
“Errr….awak?” Hafiya terkejut. Lidahnya kelu. Sungguh dia tidak menyangka Elman akan datang ke rumahnya petang itu. Hampir sebulan sudah berlalu, semenjak orang tua Elman datang kerumahnya. Nama Elman memang dia ingat, tapi, wajah lelaki itu, dia tidak dapat mengingatinya.
“Huh!!!” Elman kembali duduk. Hafiya masih berdiri. Tidak sanggup rasanya hendak berhadapan dengan lelaki itu.
“Esok saya nak pindah ke rumah ni.” Elman tiba-tiba bersuara. Hafiya membulatkan matanya sambil ternganga.
“Pindah? Kenapa?” Hafiya bertanya bodoh. Apa pulak yang anak-anaknya akan cakap? Hafiya geleng kepala.
“Tak boleh,” Elman tersentak.
“Kenapa pulak tak boleh? Daripada saya menyewa, buang duit je, lebih baik saya tinggal dengan awak. Kita dah kahwin kan? Lagipun, ada jugak orang yang tolong uruskan makan pakai saya,” Sekali lagi Hafiya tersentak. Elman tersenyum sinis.
“Saya nak awak kemaskan sebuah bilik untuk saya. Saya nak bilik yang kemas dan bersih,” Hafiya tidak mampu berkata apa-apa lagi. Elman berjalan selamba menghampiri tangga rumah tersebut. Perlahan dia menaiki tangga yang seperti hampir roboh itu. Hafiya hanya mengekori langkah Elman dengan pandangan matanya. Perlahan Hafiya turut sama naik kerumahnya.
Elman kagum melihat dalam rumah yang kemas dan teratur itu. Hanya luaran saja yang nampak usang. Tetapi di dalam rumah, keadaannya jauh berbeza. Walaupun kecil tetapi lengkap. 2 buah bilik tidur, ruang tamu sederhana dan bahagian dapur pula hanya besar sebuah bilik. Elman membuka pintu bilik tidur.
“Jangan buka. Ini bilik saya,” Hafiya berdiri di hadapan pintu biliknya. Elman menjeling sekilas wajah merah Hafiya. Seketika kemudian, dia menolak tubuh kecil itu. Hafiya berdengus kasar. Dengan selamba, Elman masuk ke dalam bilik tersebut sambil memerhati sekeliling bilik. Sebuah almari kayu 2 pintu. Tempat menyidai kain telekung di tepi tingkap. Tiada katil dan hanya terdapat tilam nipis. Bilik tersebut kemas dan yang penting sejuk.
“Saya nak tidur kat bilik ni.” Elman dengan selamba berkata. Dia menghampiri tingkap dan membukanya. Perlahan angin pagi masuk ke dalam bilik tersebut. Hafiya berlalu dalam keadaan marah. Dia mengutuk Elman sehabis-habisan. Elman leka seketika berada di dalam bilik tersebut. Perlahan dia berbaring di atas tilam sambil merenung siling. Fikirannya melayang entah ke mana. Yang pasti dia perlu fikirkan sesuatu untuk masa depannya.
Sementara itu, di luar bilik, Hafiya merungut. Sakit hati kerana permintaan lelaki tersebut. Dia tidak kisah jika Elman tidak mengendahkannya, tetapi untuk tinggal berdua dengan lelaki itu, rasanya sangat susah hendak di terima. Terutama anak-anaknya. Bagaimana dia hendak menyatakan pada mereka. ‘Huhhhh…pening. Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah kekuatan padaku untuk menghadapi ujian ini,’ Hafiya berdoa di dalam hati.
“Ibu, kenapa cikgu datang ke rumah kita ni?” Nurina bertanya sambil memandang wajah Hafiya. Hafiya tersenyum manis pada anaknya.
“Cikgu akan tinggal dengan kita,” Nurina tersenyum.
“Betul?” Hafiya angguk kepala.
“Bolehlah Ina belajar dengan cikgu. Betulkan, bu?” Nurina berkata riang. Hafiya angguk kepala. Kemudian dia mengeluh lega. ‘Satu hal lagi. Mana aku nak cari tilam untuk Alif dan Ina? Aku sendiri tak kisahlah tidur atas lantai, budak dua orang tu? Takkan nak biar mereka tidur atas lantai?’ Hafiya mengeluh. Perlahan dia menuju ke dapur. Alif berjalan perlahan menuju ke pintu bilik di mana Elman sedang berada. Perlahan dia menjenguk ke dalam bilik. Elman sedang berbaring menelentang. Alif leka merenung Elman. Perlahan dia menghampiri Elman dan duduk di sebelah Elman sambil tangannya menompang dagu. Elman merasa tidak selesa. Dia berpaling merenung wajah bersih anak kecil itu. Elman tersenyum dan segera duduk mengadap muka kanak-kanak tersebut.
“Adik siapa nama?” Elman bertanya ramah. Kanak-kanak tersebut hanya tersenyum. Elman garu kepala. Perlahan Elman menarik tangan Alif dan Alif pula tanpa segan silu duduk di dalam pangkuan Elman. Elman mencium pipi Alif dan dagunya terkena pipi Alif menyebabkan kanak-kanak tersebut ketawa. Alif tolak pipi Elman. Elman sentuh dagunya dan dia tersenyum. ‘Dia geli dengan bulu halus tapi tajam ni kot,’ Bisiknya dalam hati. Sekali lagi menggosok dagunya ke pipi Alif. Alif tergelak besar. Mereka bergurau senda. Hafiya yang sedang menyediakan air untuk Elman berlari ke depan. Pintu bilik di mana Elman berada terbuka dan suara Alif kedengaran dari bilik tersebut. Suara garau Elman juga kedengaran. Hafiya mengintai dari celah pintu. Dia tersenyum melihat Alif dan Elman sedang bergumpal. ‘Mungkin Alif rindukan abahnya,’ Hafiya kesat airmata. Perlahan dia kembali ke dapur. Hafiya termenung panjang. Fikirannya melayang.
“Abang nak kahwin dengan Salimah.” Hafiya terkejut. Wajahnya pucat.
“Fiya dengar tak?” Arif bersuara perlahan sambil menyentuh tangan Hafiya. Hafiya pandang wajah Arif.
“Abang kasihan pada Fiya. Mungkin Fiya nak cari kebahagian sendiri kan? Dan, abang akan lepaskan Fiya. Abang tak nak menyeksa perasaan Fiya dengan perkahwinan kita ni,” Hafiya terasa ada batu besar menghempap kepalanya. Dia tidak tahu, sama ada mahu ketawa atau menangis. Betul. Dia keliru.
“Habis, anak-anak tu? Saya tak boleh hidup kalau mereka takde,” Hafiya bersuara perlahan. Menahan sebak. Arif mengeluh.
“Fiya boleh bawa mereka pergi. Salimah belum bersedia nak terima mereka. Lagipun, takde siapa nak jaga mereka. Mereka pun tak biasa berjauhan dari Fiya,” Hafiya angguk kepala. ‘Airmata janganlah mengalir saat ini. Aku mesti kuat,’ Hafiya tersenyum.
“Bila kita nak ke selesaikan perkara ni. Lagi cepat lagi baik.” Hafiya bersuara tenang. Baru 6 bulan bergelar isteri, kini dia bakal mendapat gelaran janda pulak. Hafiya tiba-tiba tergelak. Arif hairan.
“Kenapa?” Arif bertanya bodoh. Hafiya tersenyum kelat.
“Takde apa-apa. Tiba-tiba rasa nak tergelak. Abang buatlah apa yang patut. Fiya ikut je,” Hafiya berdiri bersedia untuk beredar.
“Fiya akan bawa mereka balik ke kampung. Fiya nak usahakan tanah ayah kat kampung. Tentang belanja budak-budak tu, abang kena ingat.” Arif angguk kepala.
“Tentang perbelanjaan mereka, abang akan tanggung.” Hafiya angguk kepala.
Hafiya tersentak bila mendengar suara garau menegurnya.
“Apa yang bau hangit ni? Awak memasak atau berangan?” Elman menjenguk ke dalam kuali. Ikan kembong yang digoreng oleh Hafiya sudah hitam. Hafiya berdiri di sebelah Elman.
“Alamak,” Hafiya tepuk dahi. ‘Itulah. Siapa suruh berangan? Tak pasal-pasal kena tegur leh mamat ni,’ Hafiya geleng kepala dan mengangkat ikan tersebut.
“Awak makan kat sini hari ni?” Hafiya bertanya sambil pandang wajah Elman yang sedang menuang air ke dalam gelas.
“Kenapa tanya soalan macam tu? Tentulah saya makan kat sini.” Hafiya mencebik. ‘Suka hati dia je. Orang tak masak untuk awaklah,’ Bentaknya dalam hati. Elman berlalu ke depan. ‘Boringnya. Takde tv. Macamana dia boleh hidup tanpa hiburan ye,’ Elman geleng kepala. Elman berjalan disekitar rumah tersebut. Melihat dinding rumah yang sudah usang. ‘Nampaknya, aku kena baiki dulu rumah ni.’ Bisiknya sendirian sambil berjalan menuju ke bilik kosong bersebelahan dengan bilik Hafiya. Perlahan pintu ditolak. Walaupun nampak usang, tetapi kemas. Hanya terdapat sebuah almari kecil dan sebuah meja study serta beberapa biji bantal tersusun kemas di dalam bilik tersebut. Elman geleng kepala. Elman menarik laci meja. Dia terpandang sebuah album di dalam laci tersebut. Perlahan tangannya menarik album tersebut. Satu persatu gambar dibeleknya. ‘Gambar kahwin dia. Cantiknya,’ Tanpa sedar Elman memuji gambar tersebut. Dan yang paling menarik perhatiannya, sekeping gambar keluarga. Elman terpandang seraut wajah yang cantik tersenyum manis disisi pengantin perempuan. Wajah mereka hampir sama. ‘Adik dia kot,’ Elman usap perlahan gambar tersebut. ‘Kenapa aku rasa sangat dekat dengan dia?’ Elman sentuh lagi wajah yang tersenyum manis itu. Bunyi pintu ditolak membuatkan Elman terkejut.
“Cikgu, ibu suruh panggil makan.” Elman berpaling dan mengangguk kepala. Perlahan album tersebut diletakkan kembali ke dalam laci.
Hafiya menghidangkan lauk pauk. Elman mengambil tempat disebelah Alif yang sedang leka menikmati nasi dengan kicap. Elman pandang lauk pauk yang terhidang di depan matanya. Sayur kangkung tumis sambal belacan. Ikan kembong goreng. Dan sup telur serta ulam-ulaman.
“Maaflah. Ini saja yang mampu saya sediakan.” Elman pandang wajah Hafiya. Dan tanpa banyak bicara, dia terus mengambil pinggan yang sudah di isi nasi. Walaupun, makanan tersebut ringkas, tetapi nampak menyelerakan. Elman telan liur bila melihat ulam kangkung itu. Hafiya hanya memerhati Elman yang sedang makan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Hafiya menyuap Alif.
“Kenapa tak bagi ikan tu kat Alif?” Elman bertanya bila melihat Alif hanya makan nasi putih dan kicap.
“Dia tak nak. Dia suka makan macam tu.” Hafiya menjawab perlahan sambil menyapu nasi yang melekat dimulut Alif. Nurina juga begitu berselera sekali menikmati nasi dan kicap sahaja.
“Jimatlah awak, kalau macam ni?” Elman pandang wajah Hafiya.
“Mereka dah biasa. Budak-budak memang macam tu. Nanti tahulah mereka ubah selera,” Hafiya tersenyum bila melihat Alif tersenyum padanya. Alif meniup nasi tersebut sehingga terkena muka Hafiya.
“Alif!!!! Jangan nakal sayang. Makan elok-elok,” Hafiya pukul tangan Alif perlahan. Alif tetap tersenyum tetapi menghentikan perbuatannya. Elman tersenyum melihat keperihatinan Hafiya melayan kerenah Alif.
“Awak tak makan?” Elman bertanya bila melihat nasi isterinya langsung tidak disentuh.
“Kejap lagi. Ni masih melayan Alif. Bila dia dah makan, baru saya dapat makan,” Hafiya menjawab tenang tanpa memandang wajah Elman. Seketika kemudian, Alif geleng kepala bila Hafiya menyuapnya.
“Ok. Cuci tangan. Mulut,” Hafiya membawa Alif ke sinki. Setelah kenyang, Nurina dan Alif beredar ke ruang tamu. Hafiya menyuap perlahan nasi ke dalam mulutnya. Tidak tertelan rasanya. Sesekali Elman memandang wajah Hafiya yang tunduk sambil tangannya menguis perlahan nasi di dalam pinggan. Elman masih belum habis makan. sengaja dia menanti Hafiya makan.
“Kalau awak dah makan, tinggal je kat situ. Nanti saya kemas. Awak berehat kat sana,” Hafiya merasa tidak selesa bila Elman memerhati dia yang sedang makan.
“Saya masih makan lagi ni.” Elman meninggi suara. Hafiya mengeluh.
“Mana ayah budak-budak tu?” Elman bertanya perlahan. Hafiya tersentak bila mendengar soalan tersebut. Hafiya meneguk air suamnya.
“Errr…kenapa awak nak tahu?” Hafiya bertanya kelam kabut. Tidak senang mendengar soalan tersebut. Apatah lagi bila orang yang bertanya itu adalah Elman.
“Saja.” Jawabnya sepatah. Hafiya mencebik.
“Dia dah kahwin lain.” Hafiya menjawab selamba. Elman terbatuk. Nasi yang dimakannya tersembur keluar. Hafiya menjeling tajam. Kemudian dia menuang air suam ke dalam gelas lalu diserahkan kepada Elman.
“Dah kahwin lain?” Elman bertanya lagi bila batuknya sudah berhenti. Hafiya angguk kepala. Elman mendiamkan diri. Terasa bersalah pulak bertanya soalan tersebut.
Selepas makan, Elman membawa Hafiya dan anak-anak pergi ke pekan untuk membeli keperluan dalam rumah tersebut. Walau sudah dihalang, namun Elman tetap berkeras hendak membeli perabut tersebut.
“Awak, tak payahlah.” Hafiya menolak bila Elman hendak membeli sebuah televisyen. Elman buat muka selamba. Kemudian mereka pergi ke kedai perabot. Setelah tawar menawar, akhirnya mereka sedia untuk beredar.
“Kenapa perlu beli semua tu. Mana nak letak barang-barang tu nanti?” Hafiya berpeluk tubuh. Matanya terus memandang ke hadapan. Elman senyap. Nurina sudah tertidur di kerusi belakang kerana terlalu letih berjalan. Alif juga sudah lena di dalam pangkuan Hafiya.
“Suka hati akulah. Duit aku. Yang kau sibuk tu kenapa? Ikut jelah. Dah orang nak belanja, bising pulak dia.” Elman menjawab selamba. Hafiya menoleh ke arah Elman. Wajah selamba suaminya menjadi tatapan matanya.
“Apa pulak? Saya tak minta pun awak berbelanja untuk saya. Saya tak kisah pun tinggal kat rumah tu. Kalau awak rasa tak selesa, kenapa nak juga berpindah ke situ?” Hafiya bertanya marah. Elman tersenyum sinis. Malas hendak menjawab soalan Hafiya itu.
*********************************
Selama 2 hari cuti, Elman mengupah orang kampung untuk membaiki rumah Hafiya. Dalam masa yang singkat, rumah papan yang usang itu berubah menjadi baru. Elman tersenyum puas bila melihat kerja-kerja pembaikpulih rumah tersebut sudah selesai.
“Ni baru nampak macam rumah,” Elman berdiri di beranda. Hafiya berpeluk tubuh. Hendak marah, rasanya menghabiskan air liur je. Mamat tu bukannya faham. Semua nak kena ikut telunjuk dia.
Elman tahu Hafiya marah padanya. Namun wanita itu hanya mendiamkan diri. Suara riang Alif dan Nurina menerima katil baru membuatkan Hafiya berpaling dan bergerak ke bilik tidurnya.
“Alif, jangan melompat sayang.” Hafiya tarik tangan halus yang asyik melompat di atas tilam tebal itu.
“Seronok ye,” Ujarnya sambil menggeletek perut Alif. Ketawa riang si anak bila si ibu turut sama bergurau dengannya. Nurina turut sama. Mereka bertiga bergumpal dan ketawa riang sehingga terlupa Elman sedang memerhati gelegat mereka bertiga.
“Ehem..awak dah masak? Saya lapar ni,” Hafiya tersentak dan berpaling. Wajahnya merona merah bila melihat Elman sedang berpeluk tubuh di pintu bilik. Perlahan Hafiya membetulkan rambutnya dan turun dari katil. Menonong je dia berjalan ke dapur. Beberapa minit kemudian, terdengar pula suara kasar Elman ketawa dan diikuti suara Alif dan Nurina.
‘Kita disuruhnya memasak. Dia pulak bergurau dengan Alif dan Ina. Tak patut betul,’ Hafiya membebel. Tangannya lincah sekali menyediakan bahan-bahan untuk memasak ikan sembilang.