I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 13 January 2012

Jangan kau pergi 1

“Kau sengaja perangkap aku. Betul kan? Perempuan tak malu,” Elman bersuara kasar. Hafiya hanya tunduk memandang lantai. Betapa dia kecewa dengan tuduhan itu. Apakah lelaki itu tidak memahami kedudukan sebenar perkara tersebut. Bukankan sudah berkali-kali dia terangkan kenapa dia datang ke rumah tersebut. Hafiya kesat airmata yang mengalir di pipi. Walau sudah cuba ditahan dari menitis, tetapi amat mudah mengalir.

Elman picit dahi. Bagaimana harus dia terangkan pada keluarganya. Dia datang ke kampung tersebut sebagai guru dengan kata lain dengan niat yang baik. Tetapi kenapa perkara tersebut yang terjadi. Dia tidak kenal siapa pun Hafiya. Yang dia tahu perempuan itu ada anak dua orang. Kehadiran Hafiya dirumahnya petang itu kerana Hafiya hendak memulangkan beg duitnya yang tercicir. Dimana silapnya, kaki Hafiya terseliuh semasa hendak balik dan Elman membantu Hafiya mengurut kakinya.

“Awak nak pergi mana?” Elman bertanya bodoh bila melihat Hafiya berdiri dan bersedia hendak keluar dari rumah sewanya. Hafiya berdiri kaku di hadapan pintu.

“Nak balik rumah saya,” Hafiya terus berlalu. Biarlah semua itu berlalu begitu saja. Dia tidak mengharapkan Elman menerimanya. Jika lelaki itu menceraikannya, dia tidak kisah kerana nasibnya tidak pernah baik seperti orang lain. Hafiya terus berjalan tanpa menghiraukan kesakitan dikakinya.

“Ibu, Alif menangis,” sebaik sahaja sampai di rumah,Nurina peluk tubuh ibunya. Hafiya usap rambut kanak-kanak perempuan itu.

“Mari,” Hafiya tutup pintu rumah dan menguncinya. Alif tersenyum bila melihat Hafiya menghampirinya.

“Lama tak Alif menangis tadi?” Hafiya bertanya lembut. Nurina angguk kepala.

“Sayang anak ibu,” Hafiya mencium pipi mulus itu.

“Ibu pergi mana tadi? Lama Ina tunggu tau,” Nurina berkata manja. Hafiya tersenyum.

“Ibu hantar beg duit cikgu Ina. Lepas tu, ibu jatuh, kaki ibu sakit ni. Nasib baik cikgu Ina tolong urutkan,” Nurina duduk dihadapan kaki Hafiya. Perlahan tangan halus itu mengurut kaki Hafiya. Hafiya tersenyum melihat betapa sayangnya anak itu padanya.

“Sakit?” Soalnya perlahan bila melihat wajah Hafiya yang berkerut menahan sakit. Hafiya geleng kepala. Sakit dikaki dapat di tahan. Tetapi sakit di hati hanya Tuhan yang tahu. Hafiya mendiamkan diri.

**************************

“Apa? Kahwin? Kamu dah berkahwin?” Pn.Mariam bertanya kuat. Hampir terjatuh gelas yang dipegang oleh Elman.

“Mama ni. Janganlah kuat sangat.” Elman buat muka tak puas hati.

“Kamu dah kahwin tanpa bagi tahu mama? Membelakangkan mama?” Pn.Mariam bertanya kasar. Elman mengeluh.

“Tolonglah faham. Perkahwinan tu buka kerelaan El. El kena paksa. Dituduh berkhalwat. Memalukan mama,” Elman berkata lemah. Sudah lima bulan dia bergelar suami. Tetapi hanya pada nama. Dia tidak pernah menjenguk Hafiya dan anak-anaknya. Hafiya juga tidak pernah berjumpa dengannya. Dia hanya melihat dari jauh bila Hafiya menghantar Nurina ke sekolah. Dia pun tidak tahu bagaimana Hafiya menyara keluarganya.

“Jadi mana isteri El tu?” En. Ezhan bertanya. Dari tadi dia menjadi pendengar setia mula menyampuk.

“Kenapa tak bawak dia datang jumpa kami?” Pn.Mariam pandang wajah kelat anaknya.

“Lepas kahwin tu, El tak pernah jumpa dia lagi. Tapi, El hanya nampak dia dari jauh masa dia hantar anak dia ke
sekolah,” Elman menjawab tenang.

“Hahhhhhh…Dia dah ada anak?” Pn.Mariam terkejut. Elman angguk kepala. Pn.Mariam sentuh dahi. Kecewa dengan nasib anaknya.

“Mama jangan risau. Dia tak kisah sama ada saya ada bersama dia atau tak,” Elman menjawab selamba.

“Tapi El, dia dah jadi tanggungjawab El. Mereka dah jadi ahli keluarga El sekarang. Mana boleh sambil lewa macam tu,” En.Ezhan bersuara tegas.

“Tapi pa…El tak berniat pun nak kahwin dengan dia. El rasa, tentu dia sengaja perangkap El. Maklumlah, dia kan takde suami. Entah-entah anak-anak dia tu hasil hubungan haram dia dengan lelaki lain,” Elman bersuara jengkel. Pn.Mariam angkat muka.

“Yelah bang. Baik tak payah ada hubungan dengan mereka. Lepaskan saja dia. Kalau El nak kahwin, nanti mama tolong cari calon yang paling sesuai untuk El,” Pn.Mariam tepuk bahu anaknya. Elman tersentak kemudian dia geleng kepala.

“Mar, tak baik buat anak orang macam tu. Baik atau buruk seseorang tu, terletak pada perangai dia. Kita belum kenal isteri El ni. Dia sendiri pun tak kenal. Bagi lah masa untuk kita kenal dia,” En.Ezhan memang seorang yang munasabah. Dia tidak sesekali meletakan kesalahan pada sebelah pihak sahaja. Pn.Mariam mendiamkan diri.

“Tapi pa…El tak mahu,” Elman peluk bantal sambil buat muka tidak puas hati.

“Siapa nama isteri El tu?” En.Ezhan bertanya sambil bersandar.

“Hafiya binti Hafzan,” Elman hairan bila dia hafal nama perempuan yang menjadi isterinya lima bulan lepas walaupun dia tidak pernah kenal perempuan itu. Tetapi semenjak mereka diijabkabul, nama Hafiya seperti melekat dibibirnya.

“Cantik nama dia. Orangnya macamana?” En.Ezhan tersenyum bila melihat wajah kelat isterinya.

“Entah,” Elman menjawab malas. Dia terbayang wajah Hafiya yang murung. Wajah yang sarat dengan penderitaan tetapi tetap ada sinar dalam mata itu. Elman keliru. Jika Hafiya memerangkap dirinya, kenapa dia tidak mengendahkan statusnya. Kenapa dia tidak menuntut hak nya sebagai isteri. Malah, kejadian tangkap basah itu seolah-olah tidak pernah terjadi. Hafiya sedikit pun tidak memandang wajahnya setiap kali mereka berselisih ketika di jalanraya.

“Minggu ni papa nak jumpa dia. Mar sudi tak jumpa menantu Mar tu?” Pn.Mariam termenung seketika kemudian dia angguk kepala.

“Jumpa saja,kan? Boleh lah,” Akhirnya dia setuju. Elman sentuh dahi. Terkejut dengan saranan ayahnya.


“Kalau papa dan mama nak jumpa dia, jumpa lah. El malas.” Elman berdiri dan berlalu ke biliknya.

******************

No comments:

Post a Comment