I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 7 May 2012

Jangan kau pergi 21

Abang,Hafiya menjerit bila terasa tubuhnya ditarik hingga menyebabkan dia terjatuh di atas katil. Elman tersengih. Mereka berbalas pandang. Wajah Hafiya merona merah kerana malu bila menyedari keadaan mereka saat itu. Tangan Hafiya berada di dada Elman manakala tangan Elman pula memeluk erat pinggang Hafiya. Elman meneliti raut wajah Hafiya yang semakin hari semakin cantik dimatanya.

Errr…Abang.. Hafiya bersuara gugup. Renungan Elman begitu menyentuh hatinya. Dia benar-benar tertawan dengan renungan mata suaminya yang sayu itu. Elman terus mendiamkan diri dan hanya memerhati keindahan ciptaan Tuhan ini.

Abang cintakan Fiya, Ucapnya perlahan namun jelas ditelinga Hafiya. Hafiya tersentak. Pertama kali mendengar ucapan cinta dari bibir lelaki membuatkan Hafiya kehilangan kata-kata.

Fiya cintakan abang? Hafiya gigit bibir. Matanya merenung sayu wajah yang terlalu mengharapkan itu. Hafiya geleng kepala. Elman tersenyum hambar.

Takpe. Ucapan sepatah sambil menarik Hafiya ke dalam pelukannya. Hafiya membalas pelukan suaminya.

Abang tolong Fiya, ya. Elman angguk kepala. Perlahan belakang Hafiya diusapnya.

Fiya, boleh abang tahu, apa perasaan Fiya pada bekas suami Fiya dulu tu? Fiya cintakan dia? Hafiya geleng kepala. Elman kerutkan dahi.

Fiya tak boleh terima Abang Arif lebih dari seorang abang. Elman angguk kepala.

Fiya pernah jatuh cinta? Sekali lagi Hafiya geleng kepala.

Wah!!!! Betul ke? Samalah macam abang. Tapi sekarang abang dah jatuh cinta. Maknanya, abang menang satu anak tangga dari Fiya. Elman tersengih bila Hafiya memukul dadanya lembut.

Eleh…Fiya dah berada dua anak tangga dari abang. Rekod Fiya lagi tinggi, Hafiya tersengih. Wajah Elman yang keliru itu membuatkan Hafiya tergelak.

Dua anak tangga? Tapi Fiya cakap, Fiya belum pernah bercinta, Elman bersuara pelik. Hafiya tertawa.

Yelah. Fiya dah dua kali berkahwin. Selamba je ayat tersebut meluncur laju dibibirnya. Elman tersentak. Pantas wajah selamba isterinya ditarik dan bibir comel itu diciumnya. Meronta-ronta Hafiya dibuatnya.

Sengaja nak kenakan abang, Elman tersenyum puas. Hafiya gigit bibir. Geram dengan tingkah suaminya yang sentiasa mengambil peluang untuk menyentuhnya.

Abang ni. Hafiya menolak tubuh Elman kasar dan membetulkan bajunya sebelum dia keluar dari bilik. Sebelum pintu bilik dibuka, Elman bertanya.

Fiya nak ke mana tu?Hafiya menjelir lidah pada suaminya. Sengaja dia menyakitkan hati Elman. Elman berlari mengejar Hafiya dan Hafiya terus menutup pintu bilik mereka. Gelak ketawa Hafiya jelas kedengaran menuju ke dapur. Elman geleng kepala.

******************************

Fiya apa khabar? Hafiya tersenyum.

Baik. Abang? Arif turut sama tersenyum.

Dah lama abang tak balik ke sini. Banyak perubahan yang berlaku, Arif memandang sekeliling kawasan rumah yang diduduki Hafiya dan anak-anaknya. Hafiya turut sama memandang rumah yang sudah semakin cantik itu. Ini semua hasil titik peluh Elman yang mahukan mereka semua tinggal dalam keadaan selesa.

Kak Sal tahu abang datang ke sini? Dia tak marah? Hafiya bertanya perlahan. Ketika itu mereka sedang duduk di bangku yang terletak di bawah pokok mangga. Tempat yang selalu digunakan oleh dia dan Elman minum petang.

Tak. Kebetulan abang ada kerja kat tempat berdekatan sini. Jadi abang singgah sekejap. Rindu nak jumpa Alif. Alif memeluk erat tubuh Hafiya bila Arif cuba mendukungnya.

Alif, mari sayang. Papa rindu kat Alif. Arif bersuara lembut. Namun Alif tidak mempedulikannya. Arif mengeluh.

Maaf bang. Dia memang tak mahu dekat kalau orang tu jarang dia jumpa. Hafiya usap belakang badan Alif.

Alif, ni papa. Duduk dekat papa ye. Hafiya memujuk Alif dengan lembut. Alif hanya memandang wajah Hafiya dan Arif silih berganti. Kemudian dia geleng kepala.

Ukan..pa…pa.. Tersekat-sekat Alif berkata. Dia baru pandai bercakap. Percakapannnya masih belum jelas, kecuali beberapa perkataan yang selalu digunakan oleh mereka seharian.

Nampaknya dia dah semakin melupakan abang, Arif berkata sedih. Hafiya mengeluh lemah. Dia tidak pernah mengajar Alif supaya melupakan papanya. Namun anak kecil itu telah jatuh sayang pada Elman yang dianggap papanya. Sudah beberapa kali dia menerangkan pada Alif, namun Alif tetap berdegil.

Bagi dia masa. Fiya pun tak tahu nak cakap apa lagi. Dia selesa bersama Abang Elman. Hafiya usap rambut Alif yang sedang memeluk erat tubuhnya.

Takpe. Okeylah. Abang balik dulu. Dah lewat ni, Arif berdiri dan sedia untuk beredar. Hafiya angguk kepala.

Err…Abang, minggu depan Fiya takde kat sini. Fiya balik rumah mertua Fiya. Fiya bersuara tenang sambil mendukung Alif. Arif angguk kepala.

Ermmm…Assalammualaikum,

Waalaikumsalam, Hafiya tersentak bila Arif mencium pipi Alif. Pada masa yang sama, wajah merah Elman menyapa matanya. Kalau dilihat dari depan seperti Arif sedang menciumnya.

Err…Abang.. Arif tersenyum pada Elman namun Elman sedikit pun tidak membalas.

Maaf sebab jumpa isteri awak tanpa pengatahuan. Kebetulan saya ada kerja di kampung sebelah, Arif tersenyum menang. Dia tahu Elman sakit hati. Lebih-lebih lagi bila mengingatkan keadaan dia mencium Arif tadi. Begitu hampir dengan Hafiya.

Okey je. Ucapnya selamba dan terus menghampiri Hafiya lalu mencium pipi isterinya. Hafiya tersentak. Arif membuang pandang ke arah lain.

Fiya, abang balik dulu. Nanti kalau ada masa, abang jenguk Fiya kat sana. Rindu pulak dengan Ina. Hafiya angguk kepala. Terasa pelukan dipinggang semakin erat. Elman sengaja menunjukan kasih sayangnya pada Hafiya biar Arif tahu, dia menghargai Hafiya seadanya.

Ok Hafiya angguk kepala dan melambai tangan.

Seronok jumpa bekas suami? Elman bertanya geram. Hafiya menoleh sekilas ke arah Elman dan terus berlalu menaiki tangga rumah mereka. ‘Nak cari gaduhlah tu,’ Bisik Hafiya dalam hati. Seketika kemudian, dia tersenyum. ‘Cemburulah tu,’

Kenapa tersengih ni? Fiya ni tak sensitive langsung. Abang cemburu ni, Elman bercekak pinggang di hadapan Hafiya. Hafiya tersenyum manja. Lantas leher Elman dirangkulnya selepas meletakkan Alif ke lantai.

Tengok wajah orang cemburu ni. Tak handsome pun, Hafiya merenung wajah masam suaminya. Elman memandang kea rah lain. Hafiya pula terus memerhati segenap wajah tegang suaminya.

Baru Fiya perasan, wajah abang ni macam pelakon penyanyi Korea tu..siapa nama dia ye? Lupa pulak. Errrmmm…lelaki handsome tu..siapa ye nama dia…errr… Hafiya garu dagunya berlagak mengingati wajah tampan penyanyi Korea yang dia selalu nampak di Astro 391. Elman masih memasamkan mukanya. Walau dalam hati dia senang bila Hafiya cuba memujuknya.

Owhh…Eun Hyuk, Super Junior.Elman kerutkan dahi. ‘Aih!!! Mana dia tahu nama lelaki Korea pulak ni?’ Hafiya tersengih. Semenjak Elman memasang Astro, masanya dihabiskan dengan menonton rancangan Korea.

Kalau abang ketawa, Fiya suka sangat tengok. Boleh nampak semua gigi abang. Kalau masam macam ni, dah macam buah mempelam kena jeruk. Elman membeliakkan matanya. Hafiya hanya tergelak riang. Namun dia masih memasamkan muka. Mahu Hafiya memujuknya. Pantas tangannya menolak tangan Hafiya yang merangkul erat lehernya.

Abang marah ye? Marah, nanti kena jual, Hafiya mengekori langkah Elman menuju ke bilik. Kemudian, Elman keluar dari bilik sekali lagi menuju ke bilik air. Hafiya terus mengekori langkah suaminya.

“Fiya ambil wuduk. Kita sembahyang Asar sama-sama.” Hafiya angguk kepala. ‘Sembahyang Asar?’ Hafiya kerutkan dahi. Matanya liar mencari jam. Rasanya masih awal. Oleh kerana tidak mahu membantah, Hafiya ikut sahaja. Setelah mengambil wuduk, Hafiya terus mengekori langkah suaminya ke bilik.

Alif pula dibiarkan bermain di ruang tamu setelah pintu rumah dikunci. Elman terus berlalu tanpa menghiraukan isterinya. Hafiya berpaling bila melihat Elman menanggalkan baju dihadapannya. Elman tersenyum sinis. Kemudian dia sengaja berdiri dihadapan Hafiya. Ingin melihat reaksi isterinya.

Err…boleh tak abang pakai baju. Tak sukalah tengok abang tak pakai baju ni. Elman terus tersengih sambil garu kepala yang tidak gatal.

Panaslah. Hafiya angkat muka melihat wajah nakal suaminya.

Panas? Elman angguk kepala.

Sebelum ni tak panas pun? Hafiya bertanya pelik. Elman terus tersengih dan keluar dari bilik.

Air saya mana? Haus la, Elman yang hanya berseluar pendek paras lutut berjalan bebas di ruang tamu. Hafiya tepuk dahi sendiri.

Abang pergilah pakai baju dulu.Elman sengaja buat tak dengar. Dia ingin membiasakan Hafiya dengan dirinya. Pantas tubuh Hafiya dipeluknya.

Abang..Le..paslah..abangggg. Kata nak sembahyang Asar... Hafiya merengek. Nafasnya turun naik dengan laju sekali. Elman tersenyum lagi bila merasakan dengan jelas degupan jantung isterinya yang tidak sekata itu.

Sembahyang apa pukul 3 petang ni. Abang nak Fiya biasakan diri dengan abang, Hafiya mendongak. Perlahan-lahan dia berusaha menenangkan hatinya. ‘Dia suami aku. Aku haknya. Fiya, jagalah hatinya. Berusahalah untuk menerimanya.’ Bisiknya dalam hati memujuk hati. Perlahan tangannya membalas pelukan suaminya. Semakin lama, debaran di dada semakin berkurangan dan yang tinggal hanya rasa aman dan selamat.

Sekarang dah kurang rasa takut tu? Bisik Elman ditelinga Hafiya. Hafiya angguk kepala.

Mulai hari ini, abang akan sentiasa peluk Fiya sehingga Fiya rasa biasa dengan abang, Hafiya angguk kepala. Elman kucup dahi Hafiya lama sekali.

Tapi minggu depan, Fiya kena balik rumah papa. Hafiya buat muka comel. Terasa semakin selesa pulak bila berada di dalam pelukan Elman. Elman mengeluh.

Tak payah balik ye? Elman memujuk.

Mana boleh. Dah janji dengan papa, Hafiya pula menjawab.

Takpelah. Anggap je ini dugaan, Elman peluk Hafiya erat. Hafiya angguk kepala.

Abang, tadi abang cakap abang hauskan?Elman tersengih.

Dah hilang bila Fiya peluk abang tadi. Tapi abang haus yang lain, Elman bersuara nakal. Renungan matanya juga nakal senakal tangannya yang mula merayap dibelakang Hafiya. Hafiya gigit bibir.

Abangggg!!!! Habis tu kenapa suruh Fiya ambil wuduk tadi? Belum Asar lagi, Hafiya bersuara perlahan. Namun Elman pekakkan telinga dan menarik tubuh Hafiya menuju ke bilik semula.

Abang, Alif tengok tu, Elman buat muka selamba.

Alif tunggu kat sini ye. Papa ada hal nak uruskan dengan ibu kejap, Alif angguk kepala. Entah faham atau tidak. Elman tersengih lagi. Hafiya meronta minta dilepaskan namun Elman tetap tidak menghiraukannya. Terus pintu bilik dikunci.

Abang nak Fiya, Bisiknya lembut ditelinga Hafiya. Hafiya terpana. Terus matanya membalas renungan mata Elman yang begitu mengharap sekali. Beberapa saat kemudian Hafiya angguk kepala. Ketika Elman hendak menciumnya, Hafiya menahan wajah suaminya.

Kenapa? Elman bertanya pelik.

Tak boleh tunggu malam ke? Hafiya bertanya lembut sambil matanya meminta simpati. Elman mendiamkan diri kemudian dia geleng kepala.

Tak boleh. Nanti Fiya ubah fikiran, Jawabnya selamba dan terus mencium bibir halus milik isterinya. Beberapa minit kemudian, mereka berdua tersentak bila pintu bilik diketuk dari luar.

Abang, Alif kat luar tu,Hafiya menolak tubuh suaminya perlahan. Elman mengeluh. Suara tangisan Alif jelas kedengaran semakin kuat. Agaknya dia takut bila ditinggalkan seorang diri di luar.

Sabar ye. Hafiya tergelak bila melihat wajah kelat suaminya.

**********************
Dah tidur? Elman menjenguk. Hafiya geleng kepala. Elman mengeluh. Dari siang tadi Alif masih belum mahu melepaskan ibunya. Elman menghampiri mereka berdua.

Alif, mari papa temankan. Alif geleng kepala. Hafiya tersenyum.

Aduh!!! Kenapa Alif buat perangai masa ni jugak. Alif, bagilah peluang papa pulak peluk ibu ye? Alif geleng kepala. Elman mengeluh lagi dan terus berbaring disisi Hafiya. Hafiya tersenyum lembut pada suaminya. Kemudian dia juga turut sama berbaring sambil memeluk tubuh kecil anaknya.

Abang ni, dalam beberapa bulan ni boleh pulak abang control iman tu, kenapa malam ni tak dapat bersabar sikit? Hafiya bertanya lembut. Elman berdengus kasar. Tangannya memeluk erat pinggang Hafiya.

Entah, Elman tiada jawapan untuk soalan itu. Yang pasti dia ingin menghabiskan masa bersama Hafiya malam ini tanpa gangguan.

Bila Alif nak tidur ni. Elman semakin gelisah. Hafiya tergelak halus.

Abang ni tak sabar pulak. Hafiya memukul perlahan tangan Elman yang berada dipinggangnya. Hafiya terus mendodoi Alif tanpa menghiraukan Elman yang leka bermain dengan rambutnya. 30 minit kemudian, Hafiya berpaling ke belakang.

La…tidur pulak dia, Perlahan Hafiya angkat tangan Elman yang masih berada dipinggangnya. Kemudian dia berjalan perlahan menuju ke pintu.

Haus la pulak. Hafiya mencapai gelas kemudian berlalu ke meja setelah menuang air dari cerek. Selepas menggosok gigi, mencuci muka, Hafiya sedia untuk kembali ke bilik. Namun, langkahnya terhenti bila merasakan seseorang sedang memerhatinya. Matanya meliar mencari siapakah gerangan yang berani mengintai. Setelah yakin tiada orang, Hafiya berjalan laju menuju ke bilik.

Ahhh.. Hafiya pejamkan mata bila terasa ada tangan kasar memeluk pinggangnya.

Abang ni.Suara romantic Elman membuatkan Hafiya tergamam. Hafiya mendongak membalas renungan mata suaminya.

Masa untuk abang pulak, Elman berbisik lembut ditelinga Hafiya. Hafiya tersipu malu dan mengangguk kepala. Elman tersenyum lebar. Biarlah malam ini menjadi malam terindah buat mereka. Biarlah mereka memadu kasih tanpa ada halangan.

**************************

Abanggg…janganlah. Hafiya tolak wajah Elman yang semakin dekat dengannya sehingga sukar untuk dia melakukan kerja dapur.

Abang sayangkan Fiya, Ucapnya sayu sambil memeluk pinggang Hafiya.

Abang, kalau abang buat macamni, nanti pukul berapa pulak nak makan? Alif dah lapar tu, Hafiya geleng kepala. Dia rimas bercampur malu. Malu bila mengingatkan kejadian semalam. Rimas bila Elman seperti melekat disisinya.

Abang tak puas lagi ni. Lagipun, abang belum lapar. Elman tersengih. Nasib baik hari ni hari sabtu. Maka banyaklah masanya untuk bersama Hafiya.

Kalau abang belum lapar, abang duduk kat sana. Biar saya masak untuk Alif. Saya pun lapar jugak ni. Hafiya menolak dagu Elman yang berada dipinggangnya. Elman pulak seperti tidak mahu melepaskan isterinya. Dia masih belum puas menghabiskan masa bersama Hafiya. Sebab itu dia sengaja memeluk Hafiya ketika isterinya sedang memotong sayur untuk dicampurkan ke dalam mee goreng.

Kita sambung tidur ye? Abang rindu sangat-sangat kat Fiya. Lebih-lebih lagi selepas malam tadi, Elman sengaja mengusik isterinya. Dia bersyukur, sebab sifat penakut Hafiya ketika dipeluk sudah semakin hilang. Hafiya menjeling tajam. Wajahnya merona merah. Elman tersenyum nakal.

Abang ni.... Hafiya geleng kepala. Tidak disangka rupanya Elman ni seorang lelaki yang manja.

Fiya kena habiskan masa dengan abang minggu ni. Minggu depan Fiya balik rumah papa. Tinggallah abang seorang diri kat sini. Bosanlah macamni, Elman bersandar lemah bila mengingatkan minggu depan Hafiya tidak berada disisinya.

Setiap minggu abang balik rumah rumah papa. Kalaulah rumah papa dengan sekolah ni dekat, kan senang. Boleh juga abang berulang-alik. Elman mengetuk meja makan. Alif yang berdiri disebelahnya segera diangkat dan diletakkan di atas pangkuannya.

Nanti sunyilah papa. Alif temankan papa,ye? Elman cium pipi Alif. Alif tergelak dan mengangguk kepala. Hafiya tersenyum senang.

Fiya kerja dengan papa, hati-hati tau. Ramai lelaki kat pejabat tu. Yang penting, Fiya kena bagi tahu mereka yang Fiya dah kahwin dengan abang. Nanti abang bagi tahu papa suruh dia buat pengumuman bahawa Fiya isteri abang. Hafiya tersenyum manis.

Owh!!! Apa kata kita buat majlis bersanding. Ye..kenapa abang tak terfikir tentang tu. Nanti kalau Fiya mengandung, nanti apa pulak orang kata, Elman garu dagunya. Kenapa dia tidak terfikir tentang perkara tersebut. Mereka belum lagi bersanding seperti pasangan lain. Kawan-kawannya juga belum tahu tentang perkahwinannya.

Fiya suka tak? Hafiya tersenyum simpul. Siapa yang tak nak bersanding. Lagipun, perkahwinan pertamanya dia juga tidak bersanding.

Abang nak bersanding dengan Fiya? Hafiya bertanya perlahan. Elman membeliakkan matanya.

Kenapa tanya soalan tu. Kalau boleh abang nak umumkan kat Buletin Utama ataupun kat news paper. Biar semua orang tahu kita suami isteri. Hafiya tersenyum indah. Spontan dia mencium bibir Elman. Terpana Elman seketika.

Wah!!! Nak lagi.” Elman merengek. Hafiya geleng kepala dan meneruskan kerjanya. Elman pulak, kalau dilayan sampai esok pagi dia takkan pernah puas.


********************************

No comments:

Post a Comment